Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Thursday, October 6, 2011

ibadat kita

Bismillahirrahmanirrahim..
Serious rindu blogger.. Lama dah saya duk mencari masa untuk update blog, tapi terlalu sibuk sampai xsempat. Hari ini alang2 dah ada masa saya nak share something related to us-being a human.

Ok sahabat sekalian, 1st thing cuba kalian fikir, kenapa Allah ciptakan kita di muka bumi ini? Hmm..Cepat fikir.. 2saat...!!! Tujuan Allah ciptakan manusia di bumi ini tak lain tak bukan adalah untuk beribadat kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Boleh ke kalau saya nak kita sama-sama hayati (tanya hati kita) sejauh mana ibadah kita kepada Allah, sejauh mana kita telah memperhambakan diri kita kepada Allah yang menciptakan sekalian manusia. Adakah kita beribadat tuh ikhlas semata-mata kerana Allah? atau solat kita semata-mata kerana ianya rutin harian@ takut kena marah dengan parents?? Kalau ada niat2 kita yang telah serba sedikit tersasar, Jom..Jomm.Jomm... Meh kita sama-sama perbaharui niat kita. Biar segala perbuatan kita di muka bumi ini kita niatkan "Lillahi Taala" moga kita semua mendapat ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t

wallahualam...

Wednesday, October 5, 2011

titipan kasih

Di setiap nafas kadang kita terlupa bahawa kita ini milik Allah, terlupa dan terleka dengan nikmat dunia yang fana ini. Masih tidak sedar akan adanya kehidupan akhirat yang kekal abadi kelak.Musafir di bumi cinta yang sedang luka ini, penuh penipuan dan tipu daya. Apabila di persimpangan jalan hidup kadang tidak tahu untuk memilih persimpangan mana yang membawa ke Syurga, pada-MU jua kami bersujud dan berserah.Ya, cinta sampai Syurga, cinta di puncak-puncak ketinggian, tidak ada sesiapa pun yang mahukan cintanya hanya sebentar. Pasti mahukan yang berkekalan bersama yang tercinta.



"Setiap nafas yang baru kita sedut adalah peluang untuk kita meraih janji-janji Allah S.W.T, walaupun hanya beberapa saat."
(Azmi Bin Bahari)


Mahu berkekalan cinta dunia hingga ke Syurga, itu matlamatnya. Mana ada cinta jika tiada rindu, mana ada kasih jika tiada sayang, untuk apa cinta jika tidak sudi, untuk apa kasih jika tak memberi.Mana ada cinta jika tiada janji ke Syurga, mana ada kasih sayang jika tiada kehidupan yang diredhai. Untuk apa cinta jika tidak ke Syurga, untuk apa kasih jika mengamalkan cinta terlarang bila rahmat Allah tebar melayang.

Moga cintanya sampai Syurga. Kata putusnya bercintalah sampai ke Syurga, di sana abadi. Tiada manusia yang melemparkan insan yang disayanginya ke lubang Neraka.Cintalah yang sebenarnya, binalah Baitul Muslim yang sebenarnya, mahu bina masjid, tapi jangan membina masjid dengan binaan batu bata curi. Adakah masjid itu akan terbina bersama rahmat Allah?