Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Friday, May 27, 2011

diary..

Perjalanan ke btwh dengan van malam tadi bukan sunyi seperti yang disangkakan. Che mat tak henti-henti meluahkan nasihat kepada kami.. Pasti beliau juga seorang ayah yang baik kepada anak-anaknya..hehe..
Syukur kerana Allah hadirkan insan-insan yang sudi menghulurkan bantuan terhadap diri ini. Budi kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Saya teringat akan pesanan ustaz saya dulu, " Walau benci mana sekalipun kita pada seseorang, kita perlu ingat bahawa kita masih mempunyai kebergantungan dengan mereka(sesama islam) paling tidak, kita masih menghrapkan mereka mengaminkan doa buat kita" benar apa yang diperkatakan...Seorang sahabat yang saya rasa sangat tidak selesa berkawan dengannya selama ini, akhirnya dia juga lah yang membantu menguruskan transport untuk saya malam tu..Semoga Allah membalas jasa baiknya..
Sebenarnya, bila di tanya, dalam banyak-banyak tempat, yang paling scary bagi saya ialah stesen bas..Setahun di sana, saya terpaksa belajar sesuaikan diri dengan menggunakan bus.Tapi sampai ke hari ini, saya tak dapat control perasaan takut ketika berada di stesen bus. Bukan apa, tapi di situ, macam-macam jenis orang yang ada, baik,jahat dll. Saya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, mata sentiasa melilau dan sedia bertindak kalau-kalau terjadi apa-apa. Kali ini bus bertolak malam, memang diri ini agak takut. Tatkala itu, diary menjadi peneman. Macam-macam orang ada time 2..Diary saya sentiasa membuatkan saya rasa selamat..huh, t.ksh diary..

No comments:

Post a Comment