Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Thursday, September 22, 2011

Soal Siapa

  1. Siapakah Orang Yang Sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan sendiri seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
  2. Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis ialah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata , "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun" sambil berkata, "Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-Mu ini" sambil mengukir senyuman
  3. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini
  4. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin ialah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpulkan harta
  5. Siapakah orang yang rugi? Orang yang sudah sampai umur pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal2 kebaikan
  6. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang mempunyai akhlak yang baik
  7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mati dan membawa amal2 kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan sehingga saujana mata memandang
  8. Siapakah yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mati & tidak membawa amal2 kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya
  9. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang2 yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa api neraka.

No comments:

Post a Comment