Assalamualaikum..
Apa khabar semua? mesti semua excited nak sambut eid'adha kan? eie..suka nyer..!! :))
Tapi semua tahu ke apa tuh korban? Apa penting sangat raya korban nih? Jom selengkor sket2 info kat n3 ni, mudah-mudahan memberi input kat kawan2 semua (kalau x banyak, sikit pon jadilah :)) )
Maksud korban ni sebenarnya , hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya aidiladha dan hari Tasyriq, iaitu 11,12,13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah swt
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah "
(Surah al-Kausar:2)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Nabi saw telah berkorban dengan menyembelih 2ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanyadan Baginda telah menyebut nama Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibas tersebut"
Hukum korban ialah sunat muakkad iaitu sangat dituntut ke atas umat islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila nazar. Tuntutan sunat muakkad adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya seperti islam,sempurna akal dan baligh.Orang yang berkorban dianjurkan menyembelih binatang itu sendiri atau sekurang-kerangnya melihat pada waktu penyembelihan dilakukan.
Apa hikmah kita disyariatkan untuk melaksanakan ibadah korban? Jom kita tengok 1 by 1..
- Menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s
- sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah swt
- Menambahkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat islam apabila menyedekahkan daging korban tersebut kepada insan yang memerlukan
Siapa yang layak melaksanakan ibadat korban? Syarat-syaratnya, pertama mestilah islam, kedua baligh dan berakal dan ketiga mestilah berkemampuan.
p/s Salam Edidul adha buat semua family, kawan-kawan. Laksanakn ibadat korban dengan niat ikhlas kerana Allah tau!! Jangan makan daging banyak sangat.. :))
wassalam...
No comments:
Post a Comment