Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya – Abu
Bakar r.a , ke rumah Ali r.a.
Di rumah Ali, isterinya, Sayidatina Fatimah
r.a., puteri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam
sebuah mangkuk yang cantik.
Semasa menghidangkannya, terdapat sehelai rambut
di dalam salah sebuah mangkuk itu.
Rasulullah SAW
kemudian meminta kesemua sahabatnya agar membuat suatu perbandingan terhadap
ketiga-tiga benda tersebut – mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.
Abu Bakar r.a. berkata:
“Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik
ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu, dan mempertahankan iman
itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.”
Osman r.a. berkata:
“Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik
ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan
ilmu yang dimiliki lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Ali r.a. berkata:
“Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik
ini, menjamu tamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tamu senang sampai
kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Fatimah r.a. berkata:
“Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah
mangkuk yang cantik. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan
mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali
muhrimnya lebih sulit daripada meniti sebuah rambut.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah
lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik
itu lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih
sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Malaikat Jibril a.s. berkata:
“Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik
daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk
urusan agama lebih manis daripada madu, dan mempertahankan urusan agama sampai
akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Allah SWT berfirman:
“Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang
cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju
Syurga-Ku adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
No comments:
Post a Comment