Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Sunday, March 4, 2012

Menolak dunia dengan 2 tapak tangan & dada

Kali ni saya nak cuba share kisah hidup Abu Ad-Darda'. Kisah ni saya dapat dari akak naqibah saya, suka sangat bila ada Ohana(Usrah) ni..

                                  ...............................................................................
Nama sebenar beliau ialah Uwaimir bin Malik. Beliau merupakan sahabat Rasulullah yang hidup dalam keadaan sederhana.Beliau menjalani hidup sebagai sufi yang wara' yang menjauhi kehidupan di dunia dan mendekatkan diri dengan ibadah kepada Allah swt

Sebelum keislamannya, beliau merupakan seorang peniaga. Selepas keislamannya, beliau cuba untuk menyatukan perniagaannya dengan ibadah. Namun tidak berjaya. Lantas , dengan keimanan kepada Allah yang amat tinggi, beliau tinggalkan perkara2 duniawi dan menumpukkan sepenuh perhatian kepada ibadahnya. 

Beliau seorang yang sangat zuhud. Diceritakan suatu hari, Khalifah Umar al-Khattab menzirahi rumahnya. Apabila memasuki rumah beliau, didapati keadaan dalam rumah tersebut gelap gelita. Abu Ad-darda' yang mendengar kedatangan khalifah mengajak khalifah untuk berbual-bual dengannya. Dalam gelap. Dan apabila khalifah masuk ke dalam bilik abu ad darda', didapati, bantal yang digunakan hanyalah daripada kain alas haiwan tunggangannnya, Lantai tempat tidurnya dipenuhi anak2 batu, selimut pula dari kainn yang tersangat nipis, yang tidak memberi haba pada musim sejuk pun, kerana ketika itu, di Sham (Damsyik) . Bila ditanya kenapa, beliau menjawab ,"rumah kami di sana, setiap kelengkapan atau kemudahan yang kami perolehi akan segera dihantar ke sana,kalaulah kami masih mempunyai sesuatu kelengakapan dalam rumah ini, nescaya kami akan serahkan kepada kamu"

Tengok, beliau sanggup bersusah2 di dunia, sebab beliau sangat yakin akhirat akan menjemputnya dengan 1001 kebahagiaan. Tingginya iman sahabat Rasulullah ni. 

Friday, January 20, 2012

atma yang tak stable

AMARAN!!!
 Post ini mungkin mempunyai unsur2 yang membuatkan anda menyampah. sebelum anda rasa menyampah dgn admin, baik jgn baca. Terima Kasih :)

Bila Admin dah lama gilax tak online..
Tetibe...

Mencapai tahap yang uuuwww terkontang-kanting..
Sebab??

Tak tahu dah nak jiwang kat saper..kwang3...

Tambah2 lagi pabila Imtihan fever tiba...
Tak tentu arah kakloss jadi nya...

Sebab, 
Admin rindu sgt2 kat family yang jauh dimata, tapi dekat di hati..
Kalau lah boleh balik rumah , kayuh basikal untuk cium mama&abah jap, cubit pipi adik2 puas2 sebelum kelas, kan best *which is impossible to happen*

Pernah bila spread musim kecelaruan" dan ketidak tentuan arah tuh,
Dalam 1 hari dekat 3 mesej *emosi* admin hantar kat mama, sampai mama *pelik*
haha, seriuos yang nih xmatured..kikiki..
Tapi bila jauh2 ngan family kan, rasa best gilerr bila ada org call & ngepek potpet-potpet kat kita, :)
Sebab bila jauh, hati kita mudah 0, kurang kasih syg *jgn slh fhm* kasih syg sentiasa mekar, tp jarak yang memisahkan membuatkan kasih i2 berubah nilai & rindu semakin bertambah..


Tapi hari tuh mama dah pesan, bila duk jauh, maknanya admin perlu bersedia untuk sacrifice everything! Rindu tuh perkara biasa, sapa tak rindu mak oiii..haha..tapi tulah, berkorban. Sebab kepahitan sebelum mencapai kemanisan lebih tinggi nilainya. ngee...

Tq gak kepada kawan admin aka diari setia sbb sudi terima call admin *suka kacau org* sebab nak suka2, lompat2, xnak tension2, nanti admin xleh belajar :) hoooray...

Kawan2 admin kat sini semua best2, adik beradik "ohana" *usrah* pon happening, ngan kak naqibah yang comel dan sgt baik, hmmm..bahgia betulll... sayang semua org.. Hidup perlu sentiasa berkasih syg.. Dan kasih syg kita perlu disandarkan kerana Allah semata-mata..

*post merapu ni, hanya sekadar untuk memuaskan si jiwang ini, ngeee..admin yang mengada, kalau menyampah, maaf, tapi ni post peribadi admin" hehe

Monday, January 2, 2012

I'm new!!



Tada!!!

Alhamdulillah, pejam celik,pejam celik dah 2012..Macam tak percaya secepat ni masa berlalu. Hari ni rasa cam kena "smash" ngan ayat pedas berasap dari lecturer saya, dia wish tahun baru and dia suruh renung2kan setiap perbuatan  yang dilakukan pada tahun lepas, ok ke x, apa yang dah kita buat..waduh2..rasa cam ruginya diri nih, sebab banyak sangat benda yang lagha yang dah buat,terbuat dan sengaja buat. Astaghfirullahalazim..Kan best kalau kita dah manfaatkan masa yang ada tuh betul2 100% ibadah semata2 kerana Allah. Benarlah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Asr

"Demi masa,Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran"

Hmm..Sempena tahun baru ni, elok jugaklah kalau kita nak pasang tekad baru, Goal dalam hidup kita. Pastikan matlamat kita tu jelas. Dan semua yang ingin kita lakukan pastikan paksinya ikhlas semata-mata kerana Allah, niat ibadat. Kan dapat pahala tu..Mudah jer..Harap2 diri yang menulis pun lepas ni dapatlah apply macam ni, sbb selalu jugak leka, layan itu, layan ni, sampai tak sedar pun bila terbuat sesuatu demi kepuasan dan memenuhi keinginan sendiri. Padahal tanggungjawab sebagai khalifah Allah, belum selesai terlaksana.Istighfar. 

Banyak lagi jahiliyyah yang dilakukan diluar sedar nampak gayanya. 2012, here i come..!! sama2 usaha ke arah yang lebih baik yer kawan2..pasang niat & hajat tuh..all the best :))

Friday, December 9, 2011

tangga kita


ikhtilat


Bismilahirrahmanirrahim…
Insya Allah n3 kali ni ana akan share tentang "ikhtilat". Moga2 perkongsian ini dapat membawa diri yang serba kekurangan ini ke arah suatu hijrah yang diredhai oleh Allah swt. Mungkin n3 kali ini sedikit panjang, namun ana mohon agar semua bersabar, moga ia sedkit sebanyak dapat mengubah kita ke arah yang lebih baik , Insya Allah. 



Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman,
 "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)


Sebagai pendahuluan, elok kiranya kita perjelaskan kepada umum definisi ikhtilatini, agar umum lebih jelas dengan isu kali ini. Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan.

Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.
Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana  Belum mengetahui batas-batas pergaulan,Sudah mengetahui, namun belum memahami, Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan,Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.@ lagha


Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal. sekaligus menghancurkan pandangan umum dan sekularis terhadap kita.


Allah telah menciptakan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia.Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir. Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam.


Mutakhir ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah ia sudah merebak ke arah penggunaan media elektronik dengan kecanggihan dunia di hujung jari. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan yang murah, free sahaja. Ini lah media-media Yahudi, yang berjaya mencucuk jarum muda-mudi islam. Suatu ketika dulu, mereka pernah mengakui kehebatan islam, namun kerana umat islam sendiri, islam jatuh dan jatuh hingga ke hari ini. Sedar @ tidak, inilah yang dikatakan Jahiliyah moden. Lagha dengan keseronokkan dunia. Kalau dulu, islam pernah menguasai dunia, sekarang dimanakah kita? Sesungguhnya orang kafir tidak akan pernah redha terhadap umat islam 2:120

Pabila berhadapan dengan bukan muhrim, tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: 

"Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

 
Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya. Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: 


"Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."


Namun kini, wanita seolah-olah tidak berperasaan malu lagi ( bukan semua); bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.


ikhtilat adalah jalan terbaik buat  lelaki atau wanita agar kedua-duanya tidak melayan perasaan sehingga menghanyutkan diri. Tiada isu tenggelam dalam percintaan sehingga berabang sayang menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam. Ikhtilat merupakan sad yakni suatu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan “janganlah sesekali kamu mendekati zina”

p/s moga sedikit sebanyak dapat share info dengan antum/na semua. Sebarang teguran amatlah dialu-alukan. Doakan ana supaya dapat jua berubah ke jalan Allah
Wassalam

tips menjaga batas pergaulan


  • Elakkan berhubungan dengan bukan mahram. Selagi ada peluang untuk minta bantuan dari ikwah(dengan ikhwah) dan akhwat (dengan akhwat) minta tolong dengan sesama kaum(jantina) Kecuali dalam soal2 yang diluar keupayaan. Sebagai misalnya, akhwat memerlukan banatuan ikhwah untuk menyelesaikan sesuatu urusan yang tidak mampu dilakukan oleh akhwat sendiri, ia dibolehkan. 
  • Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Dan pastikan berteman
 
  • Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat.  Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama akhawat selari dengan tuntutan Al-Quran: 
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik.
 
  • Tundukan pandangan. Xperlulah nak ber"eye contact" sangat kan?  Melainkan dengan kaum sejenis. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati".
 
  • Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan. 
     


Thursday, December 8, 2011

Diri yang tak bersyukur

Aku masih lemah, aku memang malu, malu pada mu Ya Rabb, setiap kali kau hadiahkan ujian buatku, aku sering mengeluh. Ya Allah, dekatkan hati ku padaMu..Jangan biarkan aku jauh begini. Hadiahkan cintaMu padaku Ya Allah. Tetibe plak jadi emo, sebab memikirkan banyak kekhilafan yang telah dilakukan, antara sedar @ tidak sedar. Sering sahaja diri ini mencari "dunia" untuk memuaskan perbagai panggilan duniawi. Sampaikan kadang kala aku lagha..lalai dengan segala kemewahan, segala keasyikan ini. Astaghfirullahhalazim..Malunya aku padaMu Ya Allah, aku meminta2 sedangkan aku tidak memberi. Aku merayu padaMu untuk segala pertolongan, namun segala nya nampak biasa, Ya Allah bawalah aku dekat pada jalanMu, jalan yang diredhai

p/s pernah diceritakan dulu, ada seorang hamba Allah yang berdoa, "Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Apabila ditanya, kenapa berdoa sedemikian, beliau berkata, dalam dunia ini, xramai orang yang besyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. dan mereka adalah golongan yang "sedikit" yang dimaksudkan. Subhanallah, betapa tinggi nya iman beliau jika nak dibandingkan dengan diri ini, mungkin tiada tandingan. Sedihnya..