Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Saturday, October 30, 2010

Pemansuhan Sistem Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan

Dulu, saya ingat lagi, mantan PM kita, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ada menyebut, "kita sedang dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama yakni insan yang cemerlang gemilang dan terbilang dalam segenap aspek. Namun, sedar atau tidak, mampukah perkara ini direalisasikan secara total?? Pendapat saya sebagai seorang pelajar dan sedang belajar, saya rasakan sistem yang berorientasikan peperiksaan ini agak membebankan pelajar. Hal ini demikian kerana kita sentiasa terikat dengan pembelajaran sehinggakan masa untuk pembentukan dan pengasahan kebolehan diri seperti kelebihan dari segi kokurikulum (sukan, debat, dsb) amat terhad untuk disertai. Mungkin sekali menghasilkan pelajar yang cukup "rigid". Pelajar dan sistem pembelajaran kita jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan negara2 maju seperti US. *kalau x silap saya sisitem pembelajaran disana lebih jelas yakni pelajar difokuskan untuk s1 pembelajaran sedari awal. Misalnya jika seseorang pelajar cenderung bidak architecture, mereka akan masuk kelas tersebut sejak di peringkat sekolah. Tak macam kita di Malaysia, masuk Universiti barulah kita tahu dimana posisis kita, ape kerjaya yang BAKAL kita rangkul .. Itu belum masuk bab persaingan dalam kerjaya. Amat merumitkan. Sistem kita terlalu bergantung kpd exam. Sesiapa yang Excellent, dia dapat pergi jauh.. Bagaimana yang ada potensi tapi x bernasib baik dan mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM?? bukan kah mereka ini antara "mangsa peperiksaan"?? Saya ada seorang kawan, dia merupakan antara golongan yang pandai diperingkat sekolah, tapi ujian yang datang, apabila menjelang hari peperiksaan dia demam teruk. Cuba bayangkan bagaimana terseksa dia cuba bertarung antara sakit dan soalan exam tue.. ditakdirkan resultnya pon xmacam biasa. So??? Kalau sistem kita hanya mengambil kira soal akademik semata-mata, kesian lah kat students especially yang ada potensi untuk berjaya. Tanpa ragu,  kami menyimpulkan bahawa  sistem pendidikan kita harus dibebaskan dari dominasi  orientasi peperiksaan yang keterlaluan.  Untuk itu kekerapannya harus dikurangi,  di samping peranannya sebagai ukuran kejayaan proses pendidikan harus diimbangi dengan penilaian dimensi-dimensi kependidikan lainnya    -     rohani, jasmani, intelek dan emosi.    Perlu dicatat bahawa peperiksaan tidak dapat mengukur seluruh aspek yang terliput dalam proses pendidikan.  Secara pedagogis,  peperiksaan mempunyai keterbatasaan yang sangat jelas.  Ia hanya mencakup aspek kognitif,   tidak mencakup aspek  psikomotorik, dan tidak juga aspek afektif.  Selain itu peperiksaan juga hanya dapat mengukur kompetensi pelajar dalam subjek-subjek tertentu yang diambil, dan ini  jelas mereduksi  kompetensi pelajar , mengabaikan kompentensinya dalam bidang-bidang lain yang tidak termasuk dalam subjek-subjek peperiksaan.Orientasi peperiksaan memang memerlukan modifikasi untuk menjadikannya lebih bererti,   tetapi ia tetap tidak boleh dimutlakkan sebagai satu-satunya ukuran yang sah dan muktamad