Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Saturday, July 30, 2011

Terminal Agrribisnes Negara (TEMAN)

Siang tadi saya sempat mengunjungi TEMAN  di Kota Bharu. Niat di hati sekadar nak survey tempat yang mengumpulkan ramai usahawan kecil2an/besar, tapi xsemena2 plak kena paksa oleh helpers kat situ untuk involve dalam majlis perasmian tue..Hmm..Jadi cam VIP lak time tue...


Majlis perasmian Pusat Setempat Pengumpulan Dan Pemasaran Produk Usahawan Groom Big ni dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Mustapa Mohamed, 1st time jugak tadi tengok menteri cakap kat depan (Live). Haha..tapi xde pe pun..Yg best nyerr ada kejutan td, kemunculan kartun paling famous di M'sia iaitu Upin & Ipin..comell sangat! 




Apa yang best dekat TEMAN ni ialah, para pengunjung akan berpeluang untuk membeli barang2/produk daripada usahawan tempatan dengan harga yang lebih murah dr pasaran di luar. Then, kat situ jugak, dorg ada macam pasar (lebih kurang pasar tani lah) ada jual sayur2, ikan, daging , ayam , makanan etc, harga pun berpatutan. Tadi pun ada pesta makan durian, bayar RM5 makan lah sepuas2nya..hahaha....





Kalau rasa nak shopping, sambil2 tengok orang, rasa kemeriahan, pergilah ke TEMAN ni, pasal parking jangan risau, kawasan luas sangat...konpem dapat parking. Kalau hari Sabtu lagi meriah, (Attention Ladies!!!) kalau nak shopping tudung ka, baju ka, blouse etc, bleh pegi lah hari sabtu pagi, daa macam Wakaf Che Yeh dah..Pandai tawar-menawar lagilah dapat murah....hehe..

Friday, July 29, 2011

kahwin masa belajar?

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhir2 ni banyak saja idea yang keluar tanpa diduga,,tink! dia datang, dan biasanya bila dah dapat idea, saya kena terus tulis sbb takut terlupa/hilang terus idea tue..haha..macam2 dan kian mengarut...


Tulisan kali ni sekadar perkongsian dan mungkin sesetengah yang baca akan rasa grrrr!!! xsetuju sangat..kan3?? tapi Alert!! ni blog saya taw, so "ini cerita saya" hehehehee...Mungkin jugak ape yang saya tulis ini nampak kolot dan jahil di mata kalian, tetapi saya nak share jugak, untuk kepuasan, sbb blog banyak membantu saya dalam mengekspresikan perasaan,jiwa,dan diri kita juga tak ketinggalan wadah untuk kita melontarkan pendapat.


Ok, back to the topic, kahwin muda...
wat do u think about it?hmm...?
Dalam usia semakin mendekati 20an saya kira tidak perlu lagi isu perkahwinan @ b'baitul muslim ni menjadi kejutan, bcoz it is common ramai yang melangsungkan perkahwinan pada usia 20an.kan? Perkahwinan suatu ibadah dan amatlah dituntut dalam agama, cuma apa yang saya cuba cungkilkan isu di sini, bagaimana dengan berkahwin dalam tempoh pengajian..


Pertama, saya nak tekankan bahawa saya tidak sama sekali menolak seruan untuk mendirikan rumah tangga ya, namun buat masa pengajian, untuk diri saya sendiri, saya rasa saya perlu hold dan memberi ruang untuk memenuhi keperluan2 yang perlu..hehehe


Sebut sahaja student, kita da dapat bayangkan life seorang student, yang penuh dengan majlis2 ilmu, masa belajar yang kian padat, program2, assignment dsb. Bayangkan dengan komitmen yang banyak itu, kita tambah dengan tanggungjawab menguruskan rumah tangga pula, tahun1 mungkin ok lagi, tapi bila masuk ke-2, ke3 mungkin dah punyai cahaya mata, komitmen untuk menumpukan 100% kepada pelajaran sudah sedikit tersasar kan? nak x nak, dah tanggungjawab, ada jer yang dapat cope, sampai jadi best student etc, tapi saya just cuba nak gambarkan situasi yang wujud. Kadang2 tekanan2 ni akan mewujudkan stress yang x elok untuk kesihatan. Effect nya jatuh sakit dsb. Jadi bila memikirkan keadaan ini, saya rasa amatlah belum bagi saya untuk menerima risiko ini, sebab kalau stress nanti saya bertukar jadi "rimau" auuummm! tuh yang takut tue..haha


then kita tengok pulak dari segi kewangan, kalau husband dah kerja, gaji besau,oklah, xjadi masalah sangat. Tetapi, cuba bayangkan kalau husband pun sama2 belajar..jeng3..duit mak ayah? ada lah sikit, tapi suami wajib bagi duit(nafkah) kan? Kalau dah ada anak lagi, bertambah lah lagi kosnya.. Xmengapa kalau yang berduit, tapi kalau yang kurang tu, silap2 guna duit biasiwa, hm, tuh yang xnak tuh..Jadi macam2 plak kena pikir lam otak ni.. Kalau yang pinjam ptpn tuh plak nanti kena pikir nak bayooor nye lagi, nak beli pampers anak lagi, susu anak lagi, baju2 lagi, brg2 dapur semua..pampers baby pun mahal skrg taw...2lah kalau nak kawin, kena banyak pikir, zaman sekarang sumer benda nak pakai duit, si lelaki plak, kalau dia sayang kat pempuan nih, xkan lah sanggup nak tengok wanita yg dicaintai hidup dlm serba kekurangan kan? xkan xkesian kot.. Muka pun jadi monyokkk,, xcontented ngan life dah macam lam citer "the necklace" tue..nak ker?? heheh..kalau boleyh, elakkan lah...


And paling penting , saya rasa saya xnak kawin muda / tempoh belajar sebab saya nak parents/family saya jadi org 1st yang merasa duit gaji Pertama tue..hehe..mesti seronok kan.. Mak ayah kita jaga/tanggung dari kecik, walaupun mereka tak mintak, tapi saya rasa saya perlu buat sesuatu sebagai penghargaan atas pengorbanan mereka yang tak kan mampu saya bayar dengan wang ringgit/emas sekalipun..At least, saya nakkan masa untuk ber'mewah' dengan family dulu (mula berangan) hahaha. Sebenarnya saya nak cakap saya sayang mama&abah saya..hehe..nak cakap face to face serious kadang2 segan kott..jrang2 ada lah 1x terkeluar, pastu tukar topik cepat2..hehe..banyak show dalam bentuk tindakan lah..Tapi seriously, saya impikan suatu saat yang kami 1 family akan gather sama2, saya belanja mereka, and masa tuh pun, saya dah ada karier sdr..Itu adalah suatu matlamat yang perlu.....dikejarrrr!!! kalau kawin? boleyh jer nak belanja, tapi mesti xmacam orang single lah kan? mesti ada juga tabungan untuk keluarga baru tuh...


Seelok2nya, s'1 yang  nak medirikan rumah tangga ni perlu mempertingkatkan pengetahuan agama dalam diri terlebih dahulu. Kalau yang perempuan, jangan mengharab bakal suami/suami kita yang akan mengajar kita saja, kita perlu ambil tahu dan belajar juga. ok? saya pun termasuk jugak lah..ish2..so kn banyak belajar lagi, banyak perbaiki kelemahan2 diri, berubah kepada yang lebih elok..then lelaki, kalau boleh, stabil kan dulu ekonomi anda sebelum nak jaga anak dara orang ni, saya pernah terbaca somwhere dulu, (pendapat s'org lelaki lah ni, bagi dia, seseorang lelaki tu, if possible biarlah ada rumah sdr dulu, kete sdr and everything , bia stable, xmewah awal2 xpe, asal ada , barulah hati istri senang..gembira ker..haha..part nih mesti sahabat2 sekaumku setuju ni..hehe... 

Dah banyak sangat kot mengarut ni, kalau saya ada tersilap kata mohon dimaafkan yea, kalau sedia nak tambah,Alhamdulillah, dialu-alukan..Apa2 pun, ini sekadar perkongsian, pasti ada kepincangan dan perbedaan pendapat antara kita...Ini sekadar pendapat dari insan yang belum bersedia..Namun, kalau sahabat2 dah ada keinginan dan kewangan pun sudah mantap, teruskan lah membina "masjid" itu, semoga mendapat keredhaan Allah s.w.t..

Sekian

Denyut Kasih Medik


Tajuk : Denyut Kasih Medik
Pengarang : Dr Farhan Hadi
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-76-9
Status Stok : ADA
Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. ...Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.

p/s Subhanallah, teringinnya nak memiliki buku nikh...tapi apakan daya, duit tak dak...bila lah duit nak turun dari langit nie eyk?? haha...best nery kalau dapat bace nyh...cedih2..haha

Puasa (Part 2) Hikmahnya

Hikmah Berpuasa Dan kelebihan Ramadhan

Dari Jabir ra. bahwa Nabi saw. bersabda:
" Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka."  (HR Ahmad)
 

Ketibaan Ramadhan, umat Islam di seluruh pelosok dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu.Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabadikan diri terhadap Allah s.w.t


Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd Radhiallahu 'anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: "Dimanakah orang-orang yang berpuasa?" Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk dari padanya." (Hadith riwayat Bukhari)


Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongana islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa akan menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih sayang sesama umat islam


Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah , justeru itu kita akan dapat merasai nikmat ketenangan jiwa dan ketakwaan.

Nabi s. a. w. bersabda; "Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan." - Riwayat Al Baihaqi


Rasululah s. a. w. bersabda; "Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa." - Sahih Bukhari


Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan,sekali gus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh manusia dapat diatasi


Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah s.aw. sebagai separuh daripada kesabaran


Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil

Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri Radhiallahu 'anhu berkata, aku mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)70 tahun." (Hadith riwayat Bukhari)


Sabda Rasulullah s. a. w.; "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." - Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi


Kedatangan Ramadhan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan)ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain, khususnya mereka yang daif



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." 
(Hadith riwayat Muslim)




Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu2 syurga, ditutup pintu2 neraka dan dirantaikan syaitan


Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman


Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu suatu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah s.w.t Dari Salim, dari bapaknya ra, katanya seorang laki-laki bermimpi bahwa malam qadar terdapat pada malam ke dua puluh tujuh bulan Ramadhan. Maka bersabda Nabi saw, "Aku bermimpi seperti mimpimu, yaitu pada sepuluh malam yang akhir. Karena itu carilah dia pada malam-malam yang ganjil." (Shahih Muslim)


Dari Ibnu 'Umar ra, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal." (HR Muslim)


Barangsiapa memberi  makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)

Puasa (Part1)

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah:185 
(yang bermaksud,)
" Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadhan hendaklah ia berpuasa.


Umat Islam telah ijmak (bersepakat)@ sekata atas wajibnya puasa ramadhan lantaran ia merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan telah termaklum kewajipannya dalam agama. Mengingkari kefarduannya adalah kafir dan terkeluar daripada Islam. 


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Diasaskan Islam atas lima dasar, iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad SAW utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan.


Dari Abdullah bin Umar ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah."
(HR Ahmad)

  

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

  1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi. 
  2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka. 
  3. Setiap hari Allah menghias surga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.
  4. Pada bulan ini diikatlah setan-setan yang durhaka sehingga mereka tidak leluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain. 
  5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (HR Ahmad) 


Thursday, July 28, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum......
Alhamdulillah.... syukur ke hadrat Illahi atas nikmat  hidup dan kesihatan yang diberikan..


Dalam kesunyian malam ni, kesayuan tiba2 menjengah di hati...
Rindu padamu Ramadhan seakan membuak-buak, apatah lagi Ramadhan tahun lepas, telah menghadiahkan sesuatu yang tidak mampu ku gambarkan dalam bait-bait kata..Masya Allah, rindu amat aku padamu..Ya Allah ku puhun izinMu agar aku dipanjangkan umur untuk ditemukan dengan Ramadhan kali ini..


Dikesempatan ini, saya cukup berbesar hati untuk berkongsi perihal Puasa untuk sama2 kita ingat2kan diri kita dan persiapkan diri kita bagi bertemu Ramadhan nanti....


Puasa dari segi Bahasa didefinisikan sebagai menahan diri dari sesuatu manakala dari segi istilah pula ialah menahan diri daripada perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari , dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t

Hukum puasa pada bulan Ramadhan adalah wajib berdasarkan al-Quran, al-hadis dan ijmak ulama' Terdapat juga puasa2 wajib yang lain (Selain puasa di bulan Ramadhan) iaitu Puasa Nazar (puasa yang diniatkan untuk dilakukan kerana termakbulnya sesuatu hajat seperti menang dalam perbicaraan @ berjaya dlm exam. 

Selain tu, puasa yang wajib ditunaikan ialah Puasa Kifarat (puasa dalam erti kata membayar denda kerana melanggar syarat2 puasa yakni bersetubuh dengan isteri pada siang hari di bulan Ramadhan. Puasa kifarat di sini ialah berpuasa selama 60 hari berturut-turut ) "Dlm bahasa Arab sebenarnya disebut "Kaffarah"


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Wahai orang yang beriman,diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang yang sebelum kamu,semoga kamu bertaqwa (Surah al-Baqarah 183)