Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Friday, July 22, 2011

Harga Sebuah Perkahwinan

Malam yang sunyi membuatkan hati ini bertambah sepi. Aku termenung di birai katil sambil menatap gambar ayah dan ibu yang dihias dengan frame bercorak bunga-bungaan di atas meja tulisku. Rindu benar aku pada mereka. " Lambatnya cuti semester akan tiba", hati ini merintih hiba. Bergenang air mata di kelopak mataku. Peperiksaan semester hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Malam ini bukan waktu yang sesuai untuk aku menelaah pelajaran kerana hati ini begitu sakit, geram dan hiba. Aku berasa begitu tercabar dengan tindakan Iqmal siang tadi.

Tengah hari tadi, aku dan kawan-kawan keluar makan di Restoran Saloma. Sudah lama kami tidak makan bersama. Iqmal juga ada. Aku sudah jelik dengan lagatnya yang kian mengada-ngada. Sengaja aku jauhkan diri daripadanya sewaktu makan. Dia di hujung sana, aku di hujung sini. Namun, ketika masing-masing melangkah ke kereta untuk pulang, tiba-tiba tangan aku disambar oleh seseorang. Astaghfirullahalazim, aku mengucap beberapa kali. Segera aku sentap tangan si Iqmal itu. Betapa beraninya dia memegang aku sedangkan kami bukan muhrim! Tiada langsung pertalian darah antara kami. Benci aku atas perbuatannya itu.

"Iqmal! Apa yang awak buat ni? Mulai hari ini, kita putus! "lantang sahaja suaruku ketika itu. Kawan-kawanku yang lain terkejut dengan tindakan aku sebentar tadi.

Aku meninggalkan Iqmal yang terkejut mendengar kata-kataku lantas aku lajukan langkahku menuju ke kereta, dan tanpa menjeling sedikit pun ke arahnya, aku pandu kereta selaju mungkin meninggalkan tempat itu. Dadaku turun naik menahan amarah. Siapa tidak marah, dia telah mencabar prinsip aku!

Sebelum ini, aku telah bertekad bahawa tidak akan ada seorang lelaki pun yang akan dapat menyentuh aku selagi dia belum bergelar suami ku. Perbuatan Iqmal cukup membuahkan kebencian aku pada lelaki. Penyesalan timbul di hatiku. Sebelum ini aku degil, walaupun ramai sahabatku yang menasihatiku agar jangan terjebak dengan "couple" tetapi aku degil. Sebab bagi aku, kami tidak melakukan perkara sumbang. Tidak pernah "dating" cuma kami akan bertanya khabar melalui SMS dan telefon sahaja. Itu pun jika ada masa terluang memandangkan kami masing-masing bakal doktor, bidang yang mencabar ini membaataskan hubungan kami.Namun, inilah akibat yang aku dapat. Aku menangis lagi.

Tetapi kisah itu telah berlalu 10 tahun yang lalu. Kini, aku adalah insan yang baru. Semalam, aku sah menjadi isteri Ilham. Beliau merupakan seorang lelaki yang hebat. Aku nikahinya semata-mata kerana Allah s.w.t. Ikhlas aku katakan bahawasanya aku amat tertarik pada ilmu agama yang ada padanya. Apa yang paling bernilai buatku adalah ketika sesi pembatalan air sembahyang yang merupakan adat orang melayu yang berlangsung semalam. Aku tidak dapat menahan air mataku daripada mengalir ketika bersalaman dengan suamiku semalam. Suatu getaran yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Dan sekali lagi air mata ini menitis tika dahiku dikucup lembut oleh suamiku. Subhanallah, indahnya perasaan ini. Tidak sia-sia prinsip yang ku junjung sebelum ini, kerana inilah nikmat perkahwinan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Sebuah nikmat dan keindahan syurga yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t kepada kita. Aku bertasbih syukur kepada Allah s.w.t.

Di sini, aku ingin menyeru agar semua di antara kita menjauhi amalan "couple". Pada hari ini, kita dapat lihat ramai umat islam di sekeliling kita yang tanpa segan silu berpegangan tangan dan sebagainya. Bukankah itu semua hanya layak apabila anda semua sah diijabkabulkan? Masih belum terlambat untuk kita semua berubah. Tinggalkan amalan yang tidak elok itu, dan kita sama-sama mengejar redha Illahi. Insya Allah

No comments:

Post a Comment