Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Tuesday, August 30, 2011

Syawalku

Hari ini saya dah grad dari Akademi Ramadhan yang penuh rahmat :))
Bangun pagi, terus tersenyum :))
Pagi tadi betul2 xsangka dapat solat bersebelahan dengan bekas jiran saya dulu..
Dah 12 tahun dah saya berpindah rasanya, sebab tuh saya xcam pun muka dia..MUngkin :)) hehe
Tapi bersyukur sangat , murah rezeki makcik tuh, dialah orang pertama yang bagi duit raya kat saya hari ini, dia suh buat belanja nanti belajar..Hmm..Terkejut kot, at 1st memang xnak amik, siap tolak lagi, segan..huhu..tapi nampak makcik tuh bersungguh2 & ikhlas sangat, so saya terima ..ooo...
Malu sangat,.. :(

Raya tahun ini meriah sebab ada anak2 kecil, sepupu yang dah kawin tuh, mostly ada anak2 kcik, plus dgn my own cousin pun ada yang still kecik, ramai sangat, sangat meriah :)
Kalo bab makan, toksah tanya, macam2 ada..hehehe


Paling saya suka sebab tadi dapat melawat kubur arwah nenek,ayah saudara yang amat dirindui..
Dah lama sangat tak pegi..
Moga roh kalian dirahmati oleh Allah s.w.t

p/s sahabat2, jemput beraya ke rumah :))

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya 2011


Bahana Duit

Duit Oh Duit...!!
Semua orang di dunia ini mahukan duit, apa tidaknya, semua benda perlukan duit, nak masuk tandas pun sekarang ni pakai duit 30sen kan?n3 kali ini saya ingin kongsikan bagaimana "duit" menjadi "penyebab" permasalahan dalam kalangan manusia.

Pertama, kerana duit, manusia menjadi sombong.
Situasinya kita dapat melihat segelintir masyarakat kita yang lupa diri setelah mempunyai wang yang banyak. Walhal pada asalnya, dia hanyalah si miskin yang tiada memakai pakaian berjenama, makan pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, TETAPI setelah dijamu dengan duit jutaan ringgit, dia alpa. Inikah yang kita mahu? Masyarakat yang lupa diri? Lebih sedih lagi kalau sudah kaya, lupa diri dan kedekut. Haa, cukup satu pakej. Walhal kaya atau miskin, itu semua adalah ujian dari Allah s.w.t. Kekayaan kita hanyalah pinjaman daripada Allah. Wang yang kita ada bukan 100% milik kita, namun sebahagian daripadanya adalah buat golongan miskin. Berapa banyak daripada kita yang "memberi dan lupa apa yang mereka beri"? cuba fahami dengan hati kalian apakah yang dimaksudkan dengan "memberi dan lupa apa yang mereka beri"..

Kedua, kerana mengejar duit, mak ayah diabaikan
Situasi yang dipaparkan dalam filem/drama TV bukan hanya rekaan semata-mata, malahan golongan "si tanggang" ini benar-benar wujud. Ini adalah realiti dunia. Kita mengejar arus pemodenan semasa, tetapi pada masa yang sama kita jangan lah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Apa guna belajar tinggi-tinggi tetapi bila dah bekerjaya, dan ada anakbini, mak ayah kita tidak dijaga? Inikah cara kita membalas budi mereka? Tanpa pengorbanan ibu&ayah, tak mungkin kita mampu menjadi orang yang berjaya. "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa" jadi, renung-renungkan

Ketiga , kerana duit, keluarga kacau bilau
Betul ker? Iye, benar dong!! Haha, jangan ingat dalam keluarga tak ade yang punyai rasa dengki taw! Kalau dah hatinya ngak dirawat, maka dengan sesiapa saja dia bisa jealous..benar kan? Jadi, apa perlu kita buat? Istighfar banyak2 terutama pabila terdetik sesuatu yang tak elok terhadap saudara kita. Paling penting, diri sendiri tu kena perbetoi dulu. muhasabah diri tiap masa. Ramai antara kita selalu nak "zoom" salah orang lain, sampaikan tak sedar diri sendiri punyai jutaan ribu-ribuan kekurangan..kan? Manusia, tak sempurnakan? Kita semua tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi kita tak perlu nak korek dalam-dalam kisah orang, kisah buruk dorang plus kisah-kisah lampau pun duk campoq sekali..kita perbetoi hak dalam diri kita neh dulu na.. ok?

last sekali, sebab duit jugak, kita jadi tak ikhlas
Bukan semua lah, sesetengah orang .Kan? Contohnya, mak bagitau, "adik, pi kemas stor, pahtu mak upah hang 10inggit" Haaa,, ada daq?? pahtu kita duk buat keja tuh sebab rm10 tuh jelah, bukan ikhlas mana pun. kan? Macam gak kerja, ramai sekarang yang kerja sebab nak duit, bukan sebab ikhlas nak bantu orang, bantu keluarga, masyarakat dan negara. Hmm, contoh paling mudah kita tengok satu profession yang paling dekat dengan masyarakat iaitu "DOKTOR".. Berapa ramai masyarakat kita yang jadi Dr, kalau tengok kemalangan kat jalanraya, sudi berhenti kereta dan sukarela mengaku sebagai Dr, sedia nak membantu?? Yang banyak didengar ramai yang buat tak tahu..Kalau ada, saya ucapkan syabas! Sebab ilmu yang kita ada bukan hanya terhad untuk digunakan ketika bekerja sahaja, praktikkan dalam kehidupan kita. Tak kiralah kita kerja apa sekalipun, yang penting, ikhlas..OK2??


p/s Sekadar pendapat, jika ada khilaf, mohon ampun&maaf. Comment daripada anda saya terima dengan hati yang terbuka untuk kita sama-sama bertukar-tukar pandangan. 

wassalam

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Beramal di penghujung ramadhan ni.. :) Semoga kita semua rajin2 & ikhlas beribadat kepada Allah. Moga segala dosa lalu kita diampun oleh Allah s.w.t

Salam Ramadhan~

Tak Guna Punya Doktor

"Tak Guna Punya Doktor" - kasar ke? haha..Sekadar "gimik" untuk tajuk n3 kali ini. Kali ini, saya nak kongsikan 1 cerita (based on my own experienced)

Ok, last few days, saya kena tonsillitis, so sebab xtahan nak menelan, saya just makan aiskrim jer wat isi perut, tu pun perit jugak, makan slow2..lepas amik antibiotics, bengkak 2 pun dah redha, tapi sakit lain mai plak, gastric!!! aduhai...sabor jelah time tuh, siap muntah2 lagi, pastu makan lah Gaviscon (yang iklan dalam Tv tue) tapi xreda2 pun... So semalam saya pun pegilah kat HUSM, amik injection kat unit kecemasan.

kat bahagian tuh, memang toksah citer r, sibookk memanjang..dah lama sangat tunggu, doktor xcheck2 pun, then my mom pegilah dkt sorg doktor nih (L) nak suh tengokkan keadaan saya time tuh.. Taw x apa yang dia jawab? "err..xboleh lah, sbb shif sy dah habis, lagi pun saya dah lewat gak nih" dengan senyum yang tanpa rasa bersalah tuh, that doktor pun blahhh cam tuh jer..

Ok fine, saya faham anda doktor unit kecemasan, anda sibuk & letih.Yes, i know..Saya tak kisah sangatlah kalau xnak check saya, saya bleh mitak tolong doktor lain, tapi 1 THING yang saya frust adalah SIKAP!! terkejut saya dengar seorang doktor melayu, bergelar muslim buat pgai camni. Dalam bulan puasa ini, sepatutnya kita tingkatkanlah amal kita. Kerjaya sebagai seorang doktor bukan sekadar nak dapat gaji lumayan, rumah besau, jadi kebanggaan, tapi sepatutnya, gunakanlah landasan yang diberi untuk jalan2 kebaikan. Kalau dalam interview, org tanya sebab nak jadi doktor? dgn bangga jer jawab "nak tolong orang" Tapi kenapa tak bleh praktikkan? *emo-kah saya??* haha.. Bukan apa, saya sekadar merenung apa yang bakal terjadi di masa depan.

Cuba bayangkan, kalau kita punyai doktor yang ada sikap sedemikian rupa? Alamatnya, mati dulu lah pesakit2 jawabnya.Kan?? Hmm.. beristighfar panjang jugak semalam, terkezooott,,bukan ape..ehe..Kalaulah ditakdirkan saya record dialog dia tuh & buat report dekat pengarah HUSM .habis lah doktor tuh, tapi xsampai hati plak, cuma sekarang saya nak "SSSEEEERRRUUUU" dia agar dia sedar silap dia buat semalam...haha(boleh ker cam ni? memandai ja) 

Pengajarannya, kalau kita seorang doktor @ siapa sahaja pun kita, kerjaya apa sahaja yang kita pegang@ bakal pegang, kita perlu ikhlas buat kerja. Jangan curi2 tulang taw..Sebab segala tindak tanduk kita, diperhatikan (ada cctv taw) hm..Allah tahu segala-galanya. Kalau hari ini kita aniayai orang, esok lusa kita ker/sanak saudara kita pulak teraniaya. Nak ker? Kalau taknak, jangan buat "terok" kat orang. Kita sentiasalah berbuat baik dengan orang. Jaga hubungan kita dengan Allah&sesama manusia. Barulah hidup kita sentiasa bahagia. Lagi pun kita tak tahu bila ajal kita kan. Kita tak tahu amal yang mana 1 yang akan bawak / bantu kita nak masuk syurga nanti, so kita perlu sentiasa perbanyakkan amal ibadat kita. get it? hehe..that's all for today, tq.

wallahualam..

Saturday, August 20, 2011

Way to become a stronger person

Alhamdulillah, today i'm getting better. Few days ago, i've a bit fever & sore throat. It was not an ordinary sore throat. I have an inflammation on my tonsils which is commonly called "Tonsillitis"

It was commonly caused by viral/bacterial infection. There was no treatment to shorten the duration of viral tonsillitis,thus the doctor gave me antibiotics named Erythromycin.

Yet, i've been lil bit good & obey to "telan" my ubat. i can't endure with that pain anymore!! Grrrr!! Jadi budak baik dah..haha..

The best thing is, my mom cooked  super delicious "bubur nasi" just now (special g2 untuk i..haha)..Tq mummy, i love You!!!!! also millions thanx to beloved dad for bringing me to mr doc!! hehe

p/s Doakan saya supaya cepat sembuh ya!! Love u..

Thursday, August 18, 2011

Pejuang Agama

Malulah kita,
Kerana kita alpa,
Kita sibuk mengejar dunia,
Kita asyik dengan iphone,kita,ipad kita,
sibuk ber"FB", update Twitter,
Namun saudara-saudara kita kian diabaikan.
Dunia di hujung jari,kononnya!
Yang sengsara kian tercari-cari,
Mencari perlindungan yang sejati,
Tangisan mereka setiap hari, 
bisakah kita dengari?
Tahukah kita? Sedarkah kita?
Mungkin kita sendiri tidak sedar pun hidup mereka bagaimana kan?
sengsara bagaimana yang mereka rasai kan?
Saudaraku!
Kisah seorang wanita miskin,
menerima bantuan dari pihak gereja,
sehingga sedikit demi sedikit melunturkan pegangan agamanya,
Apa yang kita rasa?
Tersentuhkah kita?
Atau hanya sekadar membaca?
Kafir semakin bebas!
Mereka semakin rancak berprogram,
semata-mata ingin meruntuhkan akhlak umat islam
Itu motif mereka!
Strategi satu demi satu menyusul.
Kita nampak?
Kita sedar?
Kita ralit dengan gelombang indah dunia,
Janji-janji dunia yang seronok!
Jelas, satu per satu rancangan Yahudi berjaya..
Kita?
Bila mau bangkit? Bila mau berjuang untuk agama?
Menunggu?
Sampai bila?
Nak tunggu bangkit seorang ketua?
Siapa?
Kenapa bukan kita saja yang mengepalainya?
Mana pemuda pemudi islam?
mana umat islam yang hebat?
Mana peganti Khalid al-Walid?
Mana umat yang mewarisi semangat umat-umat terdahulu?
Renungkan,,,,
Umat islam harus bangkit, berjuang dengan segala apa jua cara.
kita kuat,kitalah hebat..
berjuang untuk agama!!


Wednesday, August 17, 2011

Mukjizat

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua? Moga2 semua sihat & dalam perlindungan Allah s.w.t

N3 kali ini, berkisar "Harta" yang ditinggalkan oleh kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w,yakni al-Quran yang sentiasa menjadi rujukan pertama kita. Adakah kita senantiasa berdampingan dengannya? Jika "ya" Alhamdulillah... Sesetengah masyarakat kita hari ini, kadangkala kurang mengamalkan sikap suka membaca al-Quran. Lebih menyedihkan apabila al-Quran hanya menjadi perhiasan di rak sahaja.

Sahabat sekalian,al-Quran merupakan petunjuk kepada umat manusia,khususnya islam. kedapatan 3 cara beribadat dengan al-Quran, yakni:
PERTAMA : Dengan lisan / tilawah
KEDUA : Qiraah qalbiah , menggunakan hati dan berfikir fasal makna kandungannya
KETIGA : Amali, iaitu mengamal segala suruhan Allah berdasarkan ayat2Nya

al-Quran merupakan mukjizat Allah dan terdapat pelbagai keajaiban al-Quran yang dapat kita temui pabila kita sendiri mempelajarinya dengan lebih dekat & mendalam. Apa yang menyebabkan kita jauh dengan al-Quran salah satunya ialah kita terlalu mengejar dunia, sampaikan kadangkala kita tidak sedar kita telah mengabaikannya. Sikap menangguhkan untuk membacanya juga menyebabkan kita kurang mempedulikannya, kerana pabila seseorang itu menangguhkan kerjanya, besar kemungkinan kerja yang dihajati untuk diselesaikannya akan tertunggak, dan mungkin jua terbengkalai selamanya. Nauzubillah..

Sempena Ramadhan ini, Jom! Kita sama2 besemangat merapatkan diri dengan al-Quran dan sentiasa membacanya, faham maknanya, dan Insya Allah mengamalkan segala kandungannya dalam kehidupan kita. Dunia hanya sementara, carilah income untuk akhirat sebanyak mungkin ya! Dan marilah kita sama2 mengejar malam al-Qadr di Ramadhan yang mulia ini. Moga2 segala amal baik kita ini berkekalan sampai bila2, istiqamah dalam beramal-untuk diri saya dan semua. Marilah kita sama2 perangi rancangan Israel selama ini yang sentiasa cuba memisahkan ibadat kita dengan kehidupan....

Wallahualam....

Sunday, August 14, 2011

Doa2 amalan

Doa-doa yang mustajab.
01.Ingin penulis kongsikan di sini beberapa doa yang sangat mustajab untuk dibacakan ketika memohon pertolongan Allah S.W.T. Salah satu daripadanya:
"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad", yang bererti:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."
Doa ini merupakan doa seorang sahabat yang didengari Rasulullah S.A.W, lalu baginda S.A.W bersabda, "Engkau telah berdoa kepada Allah S.W.T dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad.


02.Doa Nabi Musa A.S sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran, "Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", bermakna:
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."


03.Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.
Sebagai contoh, ar-Raazik (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur (Maha Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.
Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk Syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa.


04.Doa tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya:
"Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"
Sungguh jika kita lihat secara teliti, dan kita pelajari dengan minda dan hati yang terbuka, kita akan dapati terlalu banyak doa dan amalan yang membawa kepada mustajabnya doa kita. Andai kita cuba beramal dengan semuanya, nescaya kita tidak akan mampu untuk beristiqamah dengannya. Kerana itu kita katakan bahawa ibadah baginda S.A.W adalah ibadah yang paling sempurna.
Penulis mengharapkan agar kita semua dapat berbalik kepada keindahan sunnah nabi S.A.W, dan kembali mengikuti cara dan saranan baginda S.A.W di dalam beribadah, agar doa kita tergolong di dalam doa-doa yang mustajab.


Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari doa yang tidak mustajab dan dari ilmu yang tidak berguna.
Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari najis bid'ah dan syirik.
Ya Allah peliharalah kemurniaan aqidah kami kepada-Mu.
Selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan sahabat handai baginda yang beroleh kebaikan di sisi-Mu.
Ya Allah... Bimbinglah kami selama mana kami hidup bernafas, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang mendapat kebaikan di sisi-Mu.
Ya Allah... Sudahkah aku sampaikan pesanan-Mu..

::petikan iluvislam::

Bacaan Yang Baik Untuk solat Tahajjud

"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]

Saturday, August 13, 2011

Makanan Halal

Assalamualaikum w.b.t....
Mula2 tengok gambar ini terlebih dahulu
(sekadar hiasan)
Desawarsa ini, maasyarakat kita kurang cakna soal status halal haram makanan yang dibeli. Asal nampak yang menjual itu pakai tudung, Confirm islam, boleh beli. Maklum sahaja, inikan negara islam. Sedarkah wahai penjual-penjual sekalian? sampai tara itu rakyat2/ masyarakat islam di M'sia  meletakkan kepercayaan penuh kepada anda. Namun, amat menyedihkan apabila segelintir penjual2 hanya nampak untung sahaja. tanpa meneliti status makanan tersebut dengan terperinci. Ini adalah suatu kebenaran yang akan kita kongsi+ bongkarkan. 

Penjualan sosej tanpa jenama pada hari ini semakin berleluasa penjualannya di negara kita. Terutamanya yang dijual di pasar-pasar malam. Ramai peniaga memilih sosej ini kerana harganya teramat murah jika nak dibandingkan dengan yang dijual di supermarket(yang berjenama) Lebih mengejutkan, sosej ini merupakan buatan Thailand dan status halalnya masih diragui. Menurut kajian, sosej ini turut mengandungi DNA Babi, namun realitinya, inilah yang dijual di pasaran kita... JAKIM akan melakukan siasatan yang teperinci mengenai dakwaan ini.

Termenung.......
Dimana sebenarnya nilai tanggunjawab dalam diri umat islam
sebagai peniaga, adalah menjadi tanggungjawab peniaga untuk memastikan makanan yang dijual itu halal, demi kemaslahatan kita bersama,kan? Walaubagaimanapun, sehingga sekarang, pihak JAKIM masih meneliti status makanan ini.

Sepatutnya, peniaga kita perlulah menyediakan makan yang benar bersih&halal, jangan terlalu memikirkan untung sehinggakan halal/haram entah ke mana..Saya pernah mendengar cerita dari seorang sahabat (berasal dari Thailand) Ceritanya begini...

Pada suatu pagi, beliau melihat si fulan ini sedang tebongkok-bongkok mengutip sesuatu di tanah,lantas dia mendekati si fulan.
"Buat apa tu pak cik?"
"Cari tulang"
"nak buat apa?"
"nak dibuat ajinamoto"

Tiiiiiiiinnnggg!!! ternganga dibuatnya..ajinamoto yang dimaksudkan adalah yang dari siam (Thai) bukan yang made in M'sia tue...Saya pernah melihat peniaga/pengusaha restoran menggunakan ajinamoto jenis nih(diimport dr Thai) ala, murah..kan?? senang nye..hang pa duk pi beli murah2, tau ka depa duk buat benda tuh dr apa? Subhanallah, sedih mengenangkan sikap xambil peduli macam ni berlaku kepada masyarakat isla. AWAS!! Kita sebagai pembeli pun kena berwaspada, jangan beli makanan yang tidak diketahui statusnya, jika kita kuatir halal/haramnya, makanan itu sudah dikira syubhah (makruh jika dimakan) seelonya makanan syubhah ini kita elakkan, agar kita semua mendapat keredhaan Allah s.w.t. Saya berharap agar kita sama2 mengubah sikap kita, dan lebih prihatin dalam membeli&memilih makanan .Taki kiralah siapa saja kita, pembeli mahupun penjual...

Waallahualam...
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera....
Pertamanya saya ingin memohon berbanyak maaf kepada kawan-kawan sebab dah berabad (hiperbola) saya tak update blog saya ni..Dah ada fungus dah kat tepi2 ni, nampak x?? haha...Saya pun sedih jugak bila tengok blok saya sunyi tanpa new post, berbanyak maaf ya kawan2 & terima kasih sebab sentiasa follow & update dengan post2 kat cini, Tq soooooo much!!

Dalam masa terdekat ni, saya agak kesibukan jugalah , ada banyak tanggungjawab yang perlu di settlekan, tambah plak saya kena ajar tuition budak comel yang nak exam UPSR, so memang agak pack. As usual, saya 99% secara faktanya akan menulis bila tertekan, and Now!!! Dats it! Agak tertekan + kepenatan.  (normal things, saja nak tunjuk emo)

Tetapi memang betul jugak, kalau saya rasa stress/down, kdg2 saya akan on laptop and online , after few min semua masalah beransur-ansur hilang,, hebatkan? Jangan tiru < tips mengarut dari saya > kalau dulu, saya suka minum nescafe bila tense, tp skrg dah buang tabiat tu slow2, sbb takut nanti pening yang datang melarat macam dat day..uhu..seram....

Lately, saya banyak fikir pasal program pengajian seterusnya nanti, seriously, i'm excited! Dalaman Insya Allah saya dah ready, physically je tak settle lagi, part2 barang2 semua tu jela, yang kat diri ni dah ready jer..hehe. Sekarang, mostly masa saya dihabiskan untuk membaca, setakat 2-3 minggu ni, saya hanya dpt habiskan 2 novel, few magazine..Ramai orang salah anggap tentang pembacaan novel ni, yang sering didengar, "eleh, jiwang arrr" itu pemikiran masyarakat + yang xminat novel. Tapi tahukah anda, novel sebenarnya banyak memberi input +ve kepada pembaca.

Misalnya, saya sendiri, novel benar-benar membantu meningkatkan pengetahuan saya dalam kosa kata, membuka cabang pemikiran saya agar lebih terbuka, dapat mengembara tempat-tempat yang tidak pernah kita kunjungi ( macam terasa mengembara lah, contoh kalau novel tuh citer sal kat London, kita pun rasa ada kat London, and mostly mmg boleh dipercayai sebab penulis novel biasanya menulis berdasarkan pengalaman & kajian ) Banyak lagi advantage baca novel, Nak tahu?? Bacalah sendiri, baru rasa......Tapi  sebaik-baiknya, carilah novel yang dapat memberi kita ilmu, samada dunia @ akhirat..

Terbaru , saya sangat suka novel karya Fatimah Syarha, sangat suka akan penulisan beliau! 
n3 kali  sekadar nak refreshing" jer..nak usha2 dulu blog yang lama tak disinggah, nanti saya update n3 yang baru okeh? saya hadiahkan pelangi untuk sahabat2 semua, moga hari2 anda terus ceria...

wassalam...


Wednesday, August 3, 2011

Tutupi Auratmu, Wanita,Jadilah Seperti Hadiah....

Mansoorul Haqq mengatur langkah menuju ke pondok kayu indah ,berlatar belakangkan air terjun buatan yang mengalir tenang di halaman rumah. Dari jauh dia memandang Mahfuzah ,adik kesayangannya di suatu sudut berdekatan.

"Assalamualaikum", sapanya dengan senyuman mesra manis terukir di bibir.
"Waalaikummussalam, oh abang", jawab Mahfuzah sambil memberi ikan-ikan makan. 


Dua beradik itu duduk berbual di taman sambil menunggu waktu berbuka tiba. Waktu petang sebegini, adiknya gemar ke halaman rumah, apatah lagi laman yang indah itu memang cocok untuk menarik mata siapa saja yang memandang. Pandangan hijau yang menenangkan atma. Sesekali rambut ikal mayang milik Mahfuzah bertebaran ke muka Mansoorul Haqq dek hembusan lembut sang bayu. Lembut. 


"Subhanallah, cantik sungguh adikku ini", getus hatinya. Terbit rasa bertanggungjawab untuk menegur. Dia menarik nafas sedalam mungkin untuk mencari kekuatan, mungkin mencari pendekatan terbaik buat adiknya. Senyuman masih tak lekang di bibir.


"Adik, boleh abang tanyakan sesuatu", cubaan menyuntik minat Mahfuzah
"Tanyalah", ringkas di balas Mahfuzah
"Kalau adik dapat hadiah, apa adik rasa?", soalnya,tenang.
"Hmmm..hadiah? Mestilah gembira, siapa tak gembira kalau dapat hadiah, kenapa? Abang nak bagi Zah hadiah ke?", soal Mahfuzah
"Kalau hadiah itu dibalut cantik,dengan diikat riben lagi, apa adik rasa?", soalnya lagi
"Ish abang ni, mestilah Zah lagi gembira, lagi excited nak tengok apa kat dalam bungkusan tu, kan?", Mahfuzah menjawab lembut. Dalam hati, timbul kesangsian,apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh abangnya. Dia sudah masak dengan perangai abangnya, setiap kali ingin menyampaikan sesuatu, pasti dimulai dengan perumpaan atau mukaddimah yang menarik minat siapa saja di sekelilingnya untuk tidak terlepad dari memberi respon. 


"Adik abang ni abang perhatikan makin besar, bertambah cantik. menarik nafas untuk menyambung ayat seterusnya, tapi abang rasa gusar melihat adik di halaman rumah tanpa menutup aurat, cuba bayangkan berapa ramai orang yang lalu lalang di kawasan perumahan ini, tak dapat tidak,pasti ada yang terlihat keayuanmu ini, dan syaitan pasti saja membisikkan kata-kata yang membawa ke arah kesesatan, itu janji syaitan,untuk menyesatkan umat manusia, bukan apa dik, abang bimbang keselamatanmu.Jagalah auratmu dari pandangan lelaki ajnabi bagi kamu,"lembut sahaja nasihat seorang abang terhadap adiknya. Mata Mahfuzah direnung sedalam mungkin.

"Kecantikan wanita tidak perlu untuk ditunjukkan kepada khalayak. Jadilah seperti hadiah. Bila dibungkus elok, makin tinggi nilainya. Dan pasti suami mu jua bakal berbangga dengan mu nanti kerana kecantikan yang kau miliki tidak dipertontonkan melainkan kepada insan-insan yang halal bagimu. Kecantikan yang amat terpelihara , penuh kesucian. Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Seorang wanita yang beriman itu wajib memakai tudung dan menutup aurat serta perhiasan-perhiasan yang terletak pada bahagian tubuh yang wajib disembunyikan daripada pandangan orang yang bukan muhrim kecuali pada muka dan kedua-dua pergelangan tangan yang merupakan perhiasan yang nyata bagi mereka.Renungkan adikku", kata Mansoorul Haqq


Dibacakan potongan ayat dari surah an-Nur ayat 30 dan 31 untuk pengamatan adik kesayangannya, yang bermaksud:

"katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh,Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"


"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka,atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan(sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki,atau para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung."


Mahfuzah mengetap bibir, menahan sebak. Hatinya tersentuh dengan teguran lembut dari abangnya,dia segera masuk ke rumah dan mengambil jilbabnya untuk dipakai. Kembali menuju ke ruang halaman. Mahfuzah dan Mansoorul Haqq berbalas senyuman.....

Nurulathirahzulkifli
3th august 2011

Tuesday, August 2, 2011

Insan-Mu Yang Kerdil


Ku menulis, hanya keranaMu Ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim...

Sahabatku,Sesungguhnya....
Takdir menemukan kita, dan ia juga memisahkan kita,
Namun ku pohon, ukhuwah yang tebina suatu ketika,
Tidak hanya terhenti di situ saja,
Maha Suci Allah Yang Mengetahui apa yang dilangit dan apa yang di bumi,
Sungguh besar kekuasaanMu tiada tandingannya,
Saat jiwa ku meronta tatkala direnjat sang rindu kepada sahabat, sahabatku tika suka dan duka,
Kau hadirkan mereka di rumahMu, 
rumah Allah yang penuh kemuliaan,
Aku bersyukur tak terhingga,
Sahabat yang terpisah sekian lama,
Akhirnya dapat kami besua muka,
Berjabat tangan, dalam diam, atma ini menangis,
Sehalus itu jiwaku terusik dek kasihMu pada hamba2Mu,
Alhamdulillah,
ku panjatkan setinggi-tinggi syukur padaMu Ya Allah,
Manik-manik jernih bercucuran ke pipi pemudi ini,
Cintaku padaMu Ya Rabb, Hanya PadaMu,
Kau hadirkan ujian sebelum kejayaan menyusul,
Engkaulah Maha Mengetahui atas segalanya…..

Subhanalllah Alhamdulillah, Alluhakbar..

Ya Allah,
Peliharalah kami, serta hati2 kami,
Jauhilah kami dari terjerumus ke kancah penghinaan, 
Peliharalah iman kami Ya Allah...