Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Saturday, August 13, 2011

Makanan Halal

Assalamualaikum w.b.t....
Mula2 tengok gambar ini terlebih dahulu
(sekadar hiasan)
Desawarsa ini, maasyarakat kita kurang cakna soal status halal haram makanan yang dibeli. Asal nampak yang menjual itu pakai tudung, Confirm islam, boleh beli. Maklum sahaja, inikan negara islam. Sedarkah wahai penjual-penjual sekalian? sampai tara itu rakyat2/ masyarakat islam di M'sia  meletakkan kepercayaan penuh kepada anda. Namun, amat menyedihkan apabila segelintir penjual2 hanya nampak untung sahaja. tanpa meneliti status makanan tersebut dengan terperinci. Ini adalah suatu kebenaran yang akan kita kongsi+ bongkarkan. 

Penjualan sosej tanpa jenama pada hari ini semakin berleluasa penjualannya di negara kita. Terutamanya yang dijual di pasar-pasar malam. Ramai peniaga memilih sosej ini kerana harganya teramat murah jika nak dibandingkan dengan yang dijual di supermarket(yang berjenama) Lebih mengejutkan, sosej ini merupakan buatan Thailand dan status halalnya masih diragui. Menurut kajian, sosej ini turut mengandungi DNA Babi, namun realitinya, inilah yang dijual di pasaran kita... JAKIM akan melakukan siasatan yang teperinci mengenai dakwaan ini.

Termenung.......
Dimana sebenarnya nilai tanggunjawab dalam diri umat islam
sebagai peniaga, adalah menjadi tanggungjawab peniaga untuk memastikan makanan yang dijual itu halal, demi kemaslahatan kita bersama,kan? Walaubagaimanapun, sehingga sekarang, pihak JAKIM masih meneliti status makanan ini.

Sepatutnya, peniaga kita perlulah menyediakan makan yang benar bersih&halal, jangan terlalu memikirkan untung sehinggakan halal/haram entah ke mana..Saya pernah mendengar cerita dari seorang sahabat (berasal dari Thailand) Ceritanya begini...

Pada suatu pagi, beliau melihat si fulan ini sedang tebongkok-bongkok mengutip sesuatu di tanah,lantas dia mendekati si fulan.
"Buat apa tu pak cik?"
"Cari tulang"
"nak buat apa?"
"nak dibuat ajinamoto"

Tiiiiiiiinnnggg!!! ternganga dibuatnya..ajinamoto yang dimaksudkan adalah yang dari siam (Thai) bukan yang made in M'sia tue...Saya pernah melihat peniaga/pengusaha restoran menggunakan ajinamoto jenis nih(diimport dr Thai) ala, murah..kan?? senang nye..hang pa duk pi beli murah2, tau ka depa duk buat benda tuh dr apa? Subhanallah, sedih mengenangkan sikap xambil peduli macam ni berlaku kepada masyarakat isla. AWAS!! Kita sebagai pembeli pun kena berwaspada, jangan beli makanan yang tidak diketahui statusnya, jika kita kuatir halal/haramnya, makanan itu sudah dikira syubhah (makruh jika dimakan) seelonya makanan syubhah ini kita elakkan, agar kita semua mendapat keredhaan Allah s.w.t. Saya berharap agar kita sama2 mengubah sikap kita, dan lebih prihatin dalam membeli&memilih makanan .Taki kiralah siapa saja kita, pembeli mahupun penjual...

Waallahualam...

1 comment:

  1. sosej dr Thai nih dia ada ciri2 yang berbeda sedikit dr yang M'sia. Dr segi saiz, tekstur, warna dsb, yang pasti nampak lain lah ngan yg biasa tue..

    ReplyDelete