Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Monday, November 28, 2011

muslim yang hebat

Kalau nak jadi muslim yang disegani, apa yang perlu saya buat? Sering saja soalan ni terngiang-ngiang di benak fikiran. Alhamdulillah, 2hari lepas ana sempat berprogram yang membawa ana menjelajah medan masa dari zaman jahiliyah hingga zaman islam diagung-agungkan. seolah2 ana dalam mesin masa. Namun itu bukan topik utama untuk ana bincangkan dalam n3 kali ni. ana nak share apa yang boleh kita usahakan untuk menjadi seorang "muslim yang hebat"

Pertama, Tajdid niat. Kita kena sentiasa memperbetulkan niat kita dalam melaksanakan pekerjaan kita, moga segala usaha kita itu diredhai Allah dan menjadi ibadah bagiNya. Setiap amal kita perlu disertai dengan niat, sebagaimana yang disebut dalam hadis pertama yang menekankan perihal niat.

Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra berkata, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, 
" Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrahh hanya kerana Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasulnya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan" 
 (Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadis : Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari dan Abu Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairy An-Naisaburi,di dalam kedua kitab tersahih di antara semua kitab hadith)

Kedua, Jangan mensia-siakan masa yang ada.
Sentiasa beristighfar, berzikir memuji Allah, membaca al-Quran dan mempertingkatkan ibadat kepada Illahi. Allah berfirman, " Maka bertasbihlah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Maha besar" surah al-Waqi'ah 56:96

Ketiga , dekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu. Kerana malaikat sangat menggemari majlis-majlis ilmu. Dan malaikat akan mendoakan orang-orang yang menghadiri majlis-majlis ilmu

Last, buang sifat manja dalam diri. Nabi saw pernah bersabda, "Allah menyukai syabab yang tidak keanak-anakkan" kerana orang yang mempunyai sifat manja tidak akan dapat berjuang. Yang ada, keluhan demi keluhan. kankankan? Seorang muslim yang hebat perlu mempunyai semangat jihad yang tinggi, semangat kental. Dan paling penting perlu ada rasa tanggungjawab untuk explore ilmu-ilmu baru supaya kita dapat sama-sama kembalikan kegemilangan islam yang suatu masa dulu pernag kita ada. Islam akan bangkit menjadi ustazatul alam suatu masa nanti dengan keberadaan antum/na semua...




Sunday, November 27, 2011

Mesej drp Pencipta

Betullah kan, iman seseorang ada naik turun. Perasan x semua? Bila kita ada masalah, kita refer sape dulu? Allah? mak ayah? kawan-kawan?

Mengikut pengalaman hidup ana,  ana pernah jer rasa stress yang amat sangat. Macam2 masalah tibul, itu-ini, selesai yang tu, datang yang lain plak. psycho kan? Tapi sebenarnya, tu mesej2 yang dihantar oleh Allah kat kita. sebab apa, sebab kebanyakan situasi yang kita tension2 tuh, apa yang ana perasan , adalah bila mana kita agak jauh dengan Allah, jauh sikit ke, jauh banyak? Haha, xkesah lah, janji kita tuh jauh dengan Allah, bila jauh, kita xnampak jalan yang mudah, semua sesak jer. Kan?? jadi, Alert lah selalu!!

Pesanan penaja : Dampingkanlah diri kita dengan Allah moga kita sentiasa dalam perlindunganNya..Insya Allah


Friday, November 18, 2011

ukhuwah fillah


n3 kali ini ana cuba nak kongsikan tentang ukhuwah. Sebelum tu, jom kita layan cerita pendek yang best ni.

Pada suatu hari, Imam Malik terlihat ada seekor merpati dan seekor gagak yang berkawan rapat. Timbul perasaan hairan di hati Imam Malik, kerana keduaa-dua burung itu sangat rapat dan bersatu, walhal mereka bukan dari spesis yang sama, ketika kedua-dua burung itu terbang, beliau masih memerhati,seraya berkata "sebab itulah mereka bersatu" nak tahu kenapa? sebab kedua-dua burung itu sebenarnya cacat.Itulah persamaan yang telah menyatukan mereka untuk bersama.

Sebenarnya, apa yang ana nak cuba sampaikan adalah betapa pentingnya kita dalam mewujudkan 1 kesatuan yang kita namakan ukhuwah. Dan lebih manis lagi jika ukhuwah itu terbina berlandaskan rasa cinta kita kepada Allah swt. Menghayati,memahami dan mengamalkan islam untuk mewujudkan 1 persaudaraan sebagai medium penyatuan akidah dan hati kita, indahnya...

Sebenarnya, apakah yang ikhwah/akhawat sekalian faham tentang Ukhuwah Fillah @ Ukhuwah Islamiah? Kalau dalam bahasa melayu nya, persaudaraan kerana Allah swt. Maksudnya, ukhuwah fillah ini adalah segugus perasaan saling hormat,percaya,mahabbah dan kasih sayang antara 1 individu dengan individu yang lain berasaskan akidah islamiahBeriman dengan rukun islam dan beragama dengan agama islam merupakan asas terbinanaya ukhuwah fillah. Asas inilah yang membantu mencambahkan ukhuwah antara hati-hati kita, jalinan perpaduan antara 2 hati orang yang beriman. 

Allah swt berfirman:
"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih faham dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"  
surah al-Hujurat:10

Ukhuwah amat dituntut oleh agama kita,iaitu islam. Jadi macam mana kita nak tumbuhkan rasa persaudaraan ni?  Kita semua perlu memastikan iman kita sentiasa sempurna. Kerana setiap mukmin hendaklah menjalani kehidupan ini berlandaskan al-Quran dan sunnah. Iman jugalah yang melahirkan amal-amal soleh, benci melakukan maksiat,dan menuntut kita untuk sentiasa taat kepada Allah swt. 

"Tiada ukhuwah tanpa iman, dan tidak sempurna iman tanpa ukhuwah"

Mukmin ini bagaikan al-Quran yang berjalan di muka bumi Allah, dan "wahyu-wahyu Allah" itu adalah amal perbuatan,denyut dan nadi mereka.  Tidak berkasih sayang seseorang itu,kecuali kerana Allah swt. 

Dan Nabi saw juga bersabda:
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, cinta kasih dan empati adalah seperti satu tubuh, jika salah satu tubuh darinya mengadu pada suatu penyakit maka anggota tubuh lainnya akan merasa sakit dan demam”. 
(Muttafiq alaih)


ikhwah/akhwat sekalian ,
sungguh Islam telah memberikan perhatian penuh akan adanya ikatan yang kuat pada sendi-sendi ukhuwah yang melahirkan di dalamnya cinta kerana Allah  dan menjadikan ukhuwah sebagai wasilah pengikat atma dan hati-hati kita yang menjadi dasar pokok-pokok keimanan. Marilah sama-sama kita mewujudkan ukhuwah yang besandarkan cinta kepada Allah semata, dan saling nasihat antara satu sama lain. Moga antum/na menjadi mukmin yang hebat di sisi Allah swt. Umat islam hari ini bagaikan roti yang senantiasa dikerumuni semut dan menunggu saat kehancuran. Jadi, adakah kita hanya mampu mendengar, atau melihat semuanya terjadi di depan mata kita? Ayuh, kita sama-sama bertindak. Jom kita sama-sama mewujudkan rasa kasih kita terhadap saudara2 islam kita kerana Allah swt

Saturday, November 5, 2011

Ibadat Korban

Assalamualaikum..
Apa khabar semua? mesti semua excited nak sambut eid'adha kan? eie..suka nyer..!! :))
Tapi semua tahu ke apa tuh korban? Apa penting sangat raya korban nih? Jom selengkor sket2 info kat n3 ni, mudah-mudahan memberi input kat kawan2 semua (kalau x banyak, sikit pon jadilah :)) )

Maksud korban ni sebenarnya , hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya aidiladha dan hari Tasyriq, iaitu 11,12,13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah swt

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah "
(Surah al-Kausar:2)


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Nabi saw telah berkorban dengan menyembelih 2ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanyadan Baginda telah menyebut nama Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibas tersebut"


Hukum korban ialah sunat muakkad iaitu sangat dituntut ke atas umat islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila nazar. Tuntutan sunat muakkad adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya seperti islam,sempurna akal dan baligh.Orang yang berkorban dianjurkan menyembelih binatang itu sendiri atau sekurang-kerangnya melihat pada waktu penyembelihan dilakukan. 


Apa hikmah kita disyariatkan untuk melaksanakan ibadah korban? Jom kita tengok 1 by 1..
  • Menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s
  • sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah swt
  • Menambahkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat islam apabila menyedekahkan daging korban tersebut kepada insan yang memerlukan

Siapa yang layak melaksanakan ibadat korban? Syarat-syaratnya, pertama mestilah islam, kedua baligh dan berakal dan ketiga mestilah berkemampuan. 


p/s Salam Edidul adha buat semua family, kawan-kawan. Laksanakn ibadat korban dengan niat ikhlas kerana Allah tau!! Jangan makan daging banyak sangat.. :)) 


wassalam...



Tuesday, November 1, 2011

s.a.b.a.r

Macam menjadi kebiasaan, menulis tika jiwa tertekan. haha. I'm a normal human. akhir-akhir ni banyak benda yang menguji saya untuk terus sabar dan sabar. Kadang2 benda tu, kita tak terpikir pun akan berlaku. Tapi tulah, it's happened. Grrr!! Kadang2 bila diuji dengan orang di sekeliling, boleh tahan, saya tahan jolah, diam dan stay cool. Tapi kalau dia dan buat something yang melampau dan perlu ditegur, so saya perlulah tegur. Tapi dalam berkawan, hidup dengan orang ni, banyak ujiannya, kita kena banyakkk sangat bersabarkan. Sedangkan lidah lagi tergigit.Ni kan pulak teman2 yang xde pertalian darah pun.

Tapi, kita kena bersyukur, sebab Allah takdirkan orang2 tersebut untuk hadir dalam hidup kita. IAllah orang2 ini akan membantu kita dalam perjuangan memperoleh redha Allah, cepat atau lambat jer..kan3?? Tapi sebenarnya, kadang2 bila ujian tu datang atas dahi sendiri, "terkial-kial" jugak nak selesaikannya..hehe..Ni kira cam nasihat untuk diri sendiri lah sebenarnya.

Kalau rasa "angin" ngan sesape, kena ah cepat2 pikir, patutkah? Kalau jawapannya "tak patut" , Alhamdulillah. Tapi kalau jawapan "ya", cepat2 cari reasons lain, kenapa tak patut rasa cam tuh, kalau tak tahan, cepat2 istighfar, banyak2 kali, ambik wuduk ke, sampai semuanya redha. Biasa ah manusia, time marah, memang macam singa lapooor..haha..saya pun kadang2 xtlepas jugak, sama jer, so saya harapkan agar diri saya lepas ni boleh berubah untuk jadi orang yang lebih sabar, tabah & cooll...hehehe