Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Friday, November 18, 2011

ukhuwah fillah


n3 kali ini ana cuba nak kongsikan tentang ukhuwah. Sebelum tu, jom kita layan cerita pendek yang best ni.

Pada suatu hari, Imam Malik terlihat ada seekor merpati dan seekor gagak yang berkawan rapat. Timbul perasaan hairan di hati Imam Malik, kerana keduaa-dua burung itu sangat rapat dan bersatu, walhal mereka bukan dari spesis yang sama, ketika kedua-dua burung itu terbang, beliau masih memerhati,seraya berkata "sebab itulah mereka bersatu" nak tahu kenapa? sebab kedua-dua burung itu sebenarnya cacat.Itulah persamaan yang telah menyatukan mereka untuk bersama.

Sebenarnya, apa yang ana nak cuba sampaikan adalah betapa pentingnya kita dalam mewujudkan 1 kesatuan yang kita namakan ukhuwah. Dan lebih manis lagi jika ukhuwah itu terbina berlandaskan rasa cinta kita kepada Allah swt. Menghayati,memahami dan mengamalkan islam untuk mewujudkan 1 persaudaraan sebagai medium penyatuan akidah dan hati kita, indahnya...

Sebenarnya, apakah yang ikhwah/akhawat sekalian faham tentang Ukhuwah Fillah @ Ukhuwah Islamiah? Kalau dalam bahasa melayu nya, persaudaraan kerana Allah swt. Maksudnya, ukhuwah fillah ini adalah segugus perasaan saling hormat,percaya,mahabbah dan kasih sayang antara 1 individu dengan individu yang lain berasaskan akidah islamiahBeriman dengan rukun islam dan beragama dengan agama islam merupakan asas terbinanaya ukhuwah fillah. Asas inilah yang membantu mencambahkan ukhuwah antara hati-hati kita, jalinan perpaduan antara 2 hati orang yang beriman. 

Allah swt berfirman:
"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih faham dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"  
surah al-Hujurat:10

Ukhuwah amat dituntut oleh agama kita,iaitu islam. Jadi macam mana kita nak tumbuhkan rasa persaudaraan ni?  Kita semua perlu memastikan iman kita sentiasa sempurna. Kerana setiap mukmin hendaklah menjalani kehidupan ini berlandaskan al-Quran dan sunnah. Iman jugalah yang melahirkan amal-amal soleh, benci melakukan maksiat,dan menuntut kita untuk sentiasa taat kepada Allah swt. 

"Tiada ukhuwah tanpa iman, dan tidak sempurna iman tanpa ukhuwah"

Mukmin ini bagaikan al-Quran yang berjalan di muka bumi Allah, dan "wahyu-wahyu Allah" itu adalah amal perbuatan,denyut dan nadi mereka.  Tidak berkasih sayang seseorang itu,kecuali kerana Allah swt. 

Dan Nabi saw juga bersabda:
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, cinta kasih dan empati adalah seperti satu tubuh, jika salah satu tubuh darinya mengadu pada suatu penyakit maka anggota tubuh lainnya akan merasa sakit dan demam”. 
(Muttafiq alaih)


ikhwah/akhwat sekalian ,
sungguh Islam telah memberikan perhatian penuh akan adanya ikatan yang kuat pada sendi-sendi ukhuwah yang melahirkan di dalamnya cinta kerana Allah  dan menjadikan ukhuwah sebagai wasilah pengikat atma dan hati-hati kita yang menjadi dasar pokok-pokok keimanan. Marilah sama-sama kita mewujudkan ukhuwah yang besandarkan cinta kepada Allah semata, dan saling nasihat antara satu sama lain. Moga antum/na menjadi mukmin yang hebat di sisi Allah swt. Umat islam hari ini bagaikan roti yang senantiasa dikerumuni semut dan menunggu saat kehancuran. Jadi, adakah kita hanya mampu mendengar, atau melihat semuanya terjadi di depan mata kita? Ayuh, kita sama-sama bertindak. Jom kita sama-sama mewujudkan rasa kasih kita terhadap saudara2 islam kita kerana Allah swt

No comments:

Post a Comment