Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Monday, April 25, 2011

bicara hati

Bismillahirahmanirahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Terdetik di hati pada saat ini untuk mencoretkan sesuatu mengenai "Hati" tatkala bertimbun masalah menerpa tika ini. Teringat pula pada roomate dahulu sentiasa berpesan, "Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang diluar kemampuan kita" Insya Allah. Pertamanya, sama-sama kita memohon ke hadrat Illahi agar sentiasa ditetapkan dalam iman islam. Semoga kita semua menjadi pejuang islam suatu hari nanti. Berbalik kepada perkara pokok yang ingin saya perkatakan sebentar tadi, penyakit hati merupakan suatu penyakit yang paling serius dan sukar dirawat. Misalnya, tiada orang lain yang dapat mengubati penyakit ini melainkan empunya diri itu sendiri mempunyai kesedaran diri dan iman yang kuat dan sentiasa berusaha mengubatinya. Masalahnya, adakah kita antara golongan yang sedar? Adakah kita sedang menghadapi penyakit kronik yang tiada ubatnya di hospital dan mana-mana farmasi? Nauzubillah..Tatkala melihat gelagat manusia di mana-mana sahaja, kadangkala hati ini gusar, takut dan amat gerun kalau-kalau terbit suatu perasaan yang dinamakan "riak" dalam diri. Sebab kalau timbul riak dalam ibadat, sudah pasti ibadat kita tidak kemana, hanya sia-sia..Bagi menangkis segala perasaan ini, sentiasa kita bermuhasabah diri, ingat kepada Allah s.w.t, sentiasa bertasbih dan berzikir kepada-Nya..seterusnya, penyakit hati berkaitan dengki melihat kesenangan orang lain. Tidak mustahil ini juga boleh terjadi dalam kalangan ahli keluarga.Misalnya dalam berbicara mengenai harta pusaka. Semua orang boleh bergaduh kerana harta, wang ringgit.Masya Allah, lupakah kita kepada Allah? terhadap kehidupan kita yang suatu lagi? Dunia hari ini hanya lah pinjaman semata-mata. Lebih dasyat ada antara ahli keluarga sampai bercakaran, tidak bertegur sapa dek masalah ini. Bagaimana mahu diselesaikan pergelutan ini? Hm, amat sukar untuk memberi jwapan bukan? tambahan lagi kalau perkara ini benar-benar berlaku kepada diri kita. Apa yang bisa dibuat, kita sama-sama lah berdoa mohon dikuatkan iman oleh Allah s.w.t dan dilembutkan hati kita dan hati-hati insan yang bersama kita.Insya Allah, perbanyakkanlah zikir kepada Allah s.w.t. Zikir mampu menenangkan jiwa-jiwa kita. Ubatilah hati kita dengannya. Dalam Surah Al-Waqiah sendiri Allah menyeru kita untuk berzikir kepadanya, dua kali pulak tu dalam surah yang sama. Marilah sama-sama kita mantapkan iman kita :)
wassalam...

Thursday, April 21, 2011

shoes

comfortable shoes
 
RM 33.90 ( tidak termasuk pos)
heel 3/2"
Size 4,5,6,7,8,9
Colour Black and Dark Beige

anak soleh

Anak Soleh

Kami anak-anakmu, Ingin memohon restu,
Wahai ibuku, Wahai ayahku, ampunkanlah dosa kami,
Wahai ibuku, Wahai ayahku, redhailah diriku,

Ku hulurkan salam untuk Rasul junjungan moga disyafaatkan,
Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya Alim, Ya Rahmanu Ya Rahim,

Ya Allah, kasihilah daku, kasihi lah ibu dan ayahku,
Rahmatilah daku, ibu dan ayahku, Ya Allah,

Selamatkanlah mereka dari azab neraka dan bencana dunia,
Hubungkan mereka dengan talium,
Amin Ya Rabbal Alamin,

Ku hulurkan salam untuk Rasul junjungan moga disyafaatkan,
Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya Alim, Ya Rahmanu Ya Rahim,

Ya Allah, limpahkanlah hidayah-Mu
Untuk  ibu dan ayahku,
Berkatilah daku, ibu dan ayahku, Ya Allah,

Sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi ku
Dsn mengasihiku waktu kecilku,
Tak terbalas budi dan jasa mereka

Ku hulurkan salam untuk Rasul junjungan moga disyafaatkan,
Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya Alim, Ya Rahmanu Ya Rahim,

Wahai ibuku, Wahai ayahku, didiklah anak-anakmu,
Moga menjadi penyejuk mata penawar resah hatimu,

Ampunkanlah segala ketelanjuranku, halalkanlah makan minumku,
Doakan semoga aku selamat dunia dan akhirat,

Ku hulurkan salam untuk Rasul junjungan moga disyafaatkan,
Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya Alim, Ya Rahmanu Ya Rahim,

Ya Allah, kasihilah daku, kasihi lah ibu dan ayahku,
Rahmatilah daku, ibu dan ayahku, Ya Allah,

eratkan persahabatan

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“3 perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannyadan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah dia dengan nama yang paling disenanginya”

ukhuwah


Ukhuwah Kita
Ku perhatikan laut,
Lalu ku berdoa agar ukhuwah kita tidak sepertinya,
Pasang surut silih berganti,
Tidak juga seperti buih-buihnyanyang tidak rapuh dan tidak kekal,
Lalu aku berdoa lagi di antara kita seperti Sungai Nil,
Yang tetap mengalir hingga saat ini

“Sahabat, jejaklah di hatiku ini dan biarkan aku menari dalam samudera hatimu. Agar ukhuwah fillah ini tidak musnah walau ombak melanda. Walau badai mendesak. Hanya taqdir Maha Esa yang bisa memutuskan ikatan ini” – Qalam Mustaqeem

Friday, April 15, 2011

sorry

dalam process untuk update informaton....