Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Friday, June 24, 2011

Trend Tudung Di Bulan Ramadhan

Pejam celik, pejam celik, kurang beberapa bulan lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan. Apa ada rasa? Mesti tak sabar kan? Bulan Ramadhan ni banyak kelebihaannya, salah satunya kita dapat menunanaikan solat sunat tarawikh. kan? Moga-moga kita semua dipanjangkan umur untuk merasai nikmat ini..Amin

Selain itu, mesti kita semua terbayang akan keriuhan bazar-bazar Ramadhan yang tumbuh bak cendawan tika itu kan? Di kiri kanan anda, ramai yang meniaga. Bagus jugak,, lagipun perniagaan ni kan sumber utama rezeki.

Tapi saya nak tekan kan satu fenomena yang saya rasakan semakin menjadi-jadi, siap berkudis ,bernanah lagi dalam masyarakat kita ni, iaitu trend sesetengah wanita islam yang "free hair" memakai tudung hanya di bulan ramadhan. Pakai tudung adalah sesuatu yang baik bahkan itulah yang disuruh oleh Allah s.w.t tapi yang menjadi masalah bila dah rayer, masuk bulan Syawal semua tu dah tak der..Tudung entah ke mana, yang ada rambut bagai-bagai warna, perang lah ape lah...Semua nak jadi macam minah salleh agaknya. Kenapa benda macam ni boleh berlaku?  Adakah masyarakat kita ini tak faham tentang hukum-hakam agama? Bukankah bagi wanita islam, memakai tudung itu adalah perkara yang wajib?

Allah s.w.t berfirman " Dan katakanlah kepada perempaun yang beriman supaya menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka " Surah an-Nur : 31

Mengapa kita perlu pakai tudung?
apa kelebihan pakai tudung?
Apa balasan kaau kita tidak memakai tudung?

Bukankah semua ini sudah diperjelaskan kepada kita ketika di sekolah lagi? Apa yang kita dapat daripada kelas-kelas agama yang kita hadiri? Letih ustaz ngan ustazah kita duk nasihat kita...Kan? 

Antara ciri-ciri untuk kita melihat wanita yang beriman ialah dia memakai tudung. Dan perlu kita semua ingat bahawa tudung ini bukan sekadar trend tatau fesyen atau menghormati bulan ramadhan dan majlis-majlis keagamaan sahaja tetapi merupakan perintah Allah yang wajib dilaksanakan. 

Moga kita bukan sebahagian daripada golongan ini. Dan kalau ya pun, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan kita cuba fahami serta selami kenapa islam menganjurkan wanita memakai tudung...Hmmm... Sesungguhnya banyak kelebihan memakai tudung ini. Hidup kita kan untuk beribadat kepada  Allah, jadi kita perlulah akur, tunduk akan segala perintahNya. Kan..Lagi pun wanita ini sangat cantik bila bertudung, nampak lebih anggun dan ayu gitu..hehe
Selamat Beribadat

Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita

1)Menghormati keluarga terutama ibu bapanya. Jika dia tidak pandai menghargai ibu bapanya,bagaimana dia ingin menghormati ibu bapa anda.

2) Mengutamakan pegangan agama dalam kehidupan. Jika aspek ini diambil berat, Insya Allah akan diberkati oleh Allah s.w.t

3) Menjaga pergaulan. Lelaki yang soleh pasti bisa menjaga pergaulannya terutama dengan wanita yang bukan muhrim nya

4) Amat menjaga hubungan dengan manusia demi kebahagiaan di dunia dan juga akhirat

5) Jujur dalam pekerjaan. Dari segi ini wanita sudah dapat menilai sifat-sifat yang ada pada lelaki tersebut. Kalau dia tidak amanah pada kerjanya, pasti sukar baginya untuk menanggung tanggungjawab yang lebih besar suatu hari nanti

6)Berdikari dalam melaksanakan tugasnya.  sekalipun dia memerlukan pertolongan orang lain, dia akan emintanya dengan cara yang berhemah dan menyenangkan.

7)Tegas dalam mempertahankan prinsipnya. seorang lelaki perlu mempunyai pendirian hidup sendiri dan bijak dalam membuat keputusan

8) Menghormati kamu seadanya. Jika dia tidak mampu menghormati kamu,pasti akan timbul masalah di kemudian hari



Wednesday, June 22, 2011

Hargai Nikmat Allah

Hari ini kita mampu bangun solat subuh tanpa perlu insan lain memimpin kita untuk menyelesaikan wuduk, kita mampu membuka mata melihat sekeliling, kita mampu mendengar bicara orang disamping kita, kita mampu makan ( sampai terlebih makan pun ada ) dan Alhamdulillah kita mampu buat segalanya. 

Tapi pernahkan kita terfikir andai semua nikmat ini ditarik oleh Allah s.w.t? Bagaimana kita pada waktu itu? Toksah cakap semua, katakanlah nikmat mata kita ditarik, nak tengok sekeliling tak jelas,kabur,sakit mata dan sebagainya? Bagaimana? Pasti kita rasa amat sedih bukan? Tambah-tambah lagi kalau kita ni seorang pelajar, buku yang nak kena baca, hafal punya lah banyak, macam mana ya? Nauzubillah, tak mampu saya bayangkan.

Namun cuba kita selami hati kita, kita takut sangat nikmat ni semua ditarik,tapi apa yang kita buat sehari-hari? adakah kita sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberi? Kalau jawapan nya YA, Alhamdulillah...

Saya nak cuba kongsikan cerita mengenai seekor ulat yang bijak. Pada suatu hari Nabi Daud a.s sedang membaca kitabnya di rumah, kebetulan ada seekor ulat sedang berjalan dan Nabi Daud ternampak akannya, Terdetik di hati Nabi Daud ketika itu, apalah gunanya Allah ciptakan ulat ni, aku tak nampak pun apa function dia (begitulah lebih kureng..hehe) Lalu ulat itu berpaling kepada Nabi Daud a.s seraya berkata " walau aku ini tiada function sekalipun, tapi setiap hari aku sentiasa bezikir kepada Allah sebanyak 70x/hari" ada ulama' menyebut 100x..Subhanallah, malunya kita kepada si ulat yang bijak ni, renungkanlah dimana letaknya diri kita. Ulat yang tiada akal tu pun mampu berzikir kepada Allah, cukup malu kalau kita langsung tak berzikir malah tak ingat pun ..Nikmat kehidupan, bernyawa dsb semuanya dari Allah..

Wallahualam

Tuesday, June 21, 2011

Kemanisan Iman

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)
Berdasarkan hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.
Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata: “Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)
Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah tingkatan Ihsan dalam kerja-kerja amal yang dilakukan yang dirasai di sebaliknya pemerhatian Allah .
Manisnya buah pula amat dirasai ketika buah sudah cukup tua bersedia untuk dinikmati.
Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita.

Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.
Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan, tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas, dan ikhlas pula adalah hadian dianugerahi pada hamba yang bersih hatinya.
Mengikut Ibrahim al-Khawas , proses pembersihan hati berlaku melalui langkah-langkah berikut :
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail .
- banyak beristighfar .
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.
- Kurangkan makan .
Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman.
Dalam sebuah hadith yang sahih Saidina Umar al-Faruq pernah berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”
Al-Syaikahani meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”
menurut Dr Aish al-Qarniy dalam kitabnya Rahmatan Lil Alamin, antara cara mencintai Nabi SAW:
- Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.
- Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.
- Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan
- Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.
- Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda
Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.
Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran kecintaan kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal salih.Tanda mencintai seseorang muslim juga ialah menolongnya pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.
Selain itu kita juga hendaklah mendoakan buat saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak berkelakuan sombong kepadanya.

10 Nasihat Rasulullah kepada Wanita

1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim)
2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi,agar mereka mencium bau harumnya,maka ia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.(Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)
3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.
4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban,Thabrani,Anas bin Malik)
5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat,tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)
6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidakditerima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)
7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya.(Riwayat Muaz bin Jabal)
8. Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syuga lebihdahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya didunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya. Ya Fatimah,jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga,diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasandari nerakan dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)
9. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”.Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun,walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
10. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya,Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yangberjihad pada jalan Allah.Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosadarinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Hiburan Mengikut Islam

Hiburanmerupakan satu fitrah yang digemari oleh manusia. semua orang menginginkan hiburan untuk menghiburkan mereka. Namun, adakah mereka memanfaatkan sepenuhnya hiburan tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah? atau hanya menggunakan hiburan itu untuk perkara maksiat sahaja? 

Mari kita lihat terlebih dahulu takrif Hiburan ini. Dalam Bahasa Arab disebut al-lahw iaitu semua perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang mengganggu tidur mereka. Ia juga tidak mempunyai hakikat yang sabit seperti bermain, berjenaka, bersembang malam,menyanyi dan sebagainya. 

Terdapat 3 hukum hiburan. 
Pertama : "Hiburan yang tidak memberi apa-apa kesan yang buruk atau baik
Cth anda berada dalam majlis yang penuh dengan gurau senda dan perkara yang tidak berfaedah serta membuang masa. hiburan begini hukumnya MAKRUH

KEDUA : "Hiburan yang memberi kesan buruk"
Cth hiburan yang sehinggakan kita mengabaikan solat, bekerja mecari rezeki dsb. Ia memberi impak buruk kepada individu dan masyarakat,maka hukumnya HARAM

KETIGA : "Hiburan yang memberi kebaikan"
kebaikan kepadada individu dan masyarakat. Cth memanah, permainan yang berfaedah, dan apa sahaja hiburan yang diterima rasional manusia. Hiburan sebegini hukumnya adalah HARUS.



kawal marah anda





Kita pasti pernah mempunyai rasa marah bukan? Begitu juga saya.N3 hari ni saya nak cuba kongsikan berkenaan panas baran.

Marah sebenarnya apabila kena tempat ia akan menjadi "terpuji" tetapi marah kalau tak kena tempat itu adalah "keji".Apa beza panas baran dengan tegas ya?? Perlukah kita ada rasa marah dalam jiwa? Saya akan cuba huraikan sebaik mungkin berkenaan isu ini.

Pernah suatu ketika dahulu Abu Darda' bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang apakah amalan yang boleh membawa aku untuk masuk ke syurga dan Rasulullah s.a.w menjawab, "Jaga kemarahanmu,jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu" Rasulullah mengulang pesanan ini sebanyak 3x. Jadi jelas kepada kita semua bahawa kita PERLU mengawal sifat marah.

Perlulah kita semua mengisi hati kita dengan 2 benda, yakni yang pertama dengan iman dan yang kedua kasih sayang. Kalau tiada kasih sayang dalam hati kita, tidak mustahil akan timbul KEBENCIAN. Contoh kebencian yang wujud itu ialah marah. Marah ini boleh kita ibaratkan sebagai bola bagai syaitan, boleh disepak terajang oleh mereka. Sesungguhnya marah itu datang dari syaitan, dan syaitan itu dari api. Apa yang boleh memadamkan api? Air bukan? Jadi salah satu cara nak memadamkan api kemarahan ini ialah dengan wuduk dan zikir. ada juga amalan-amalan lain yang disarankan seperti mengamalkan ayat dalam surah At-Taubah ayat 129 dan surah al-Baqarah:88.


Jadilah kita antara orang-orang yang bijak,kerana orang yang bijak ini adalah orang yang pandai mengawal kemarahannya. Kita perlu "mengotakkan" fikiran kita antara kerja, rumah, tanggungjawab dan sebagainya.Jangan jadikan anasir luar mengubah bentuk dan kehidupan asal kita.

Ada suatu kisah seorang isteri yang amat tertekan dengan suaminya yang panas baran.Pantang silap sikit disepak terajang isterinya. Dan si isteri yang penyabar ini berusaha dengan berdoa dan memohon kepada Allah disertakan solat hajat selama 40 hari.2 benda yang dipohon olehnya iaitu "agar diberi kekuatan untuk menegur suami" dan "dilembutkan hati suami". Apa yang terjadi, si isteri ini berjaya menegur suaminya hinggakan suaminya mengalirkan air mata. Subhanallah. Sesungguhnya hati manusia ini milik Allah, dan janganlah kita lupa serta leka dari memohon kepadaNya.

Moga-moga ujian yang diberikan kepada kita menjadikan kita lebih dekat kepada Allah.semua manusia diuji. Cucu Rasulullah s.a.w iaitu Husin juga diuji. Kita dapat lihat betapa sabarnya beliau ketika dimaki,dicaci oleh penduduk kampung ketika berjalan seorang diri.Beliau hanya diam mendengar cacian mereka.Bayangkan betapa sabarnya Husin ini. Kalau kita bagaimana? Orang mengutuk kita,mencaci dan mengejek kita, masih mampukah kita tersenyum dan berdiam diri? Tepuk dada , tanya iman. Kadang-kadang kalau bukan tangan yang menghayun ke pipi, kaki yang terajang dulu kan? Haha..Sama-samalah kita cuba tanamkan sifat sabar dalam diri kita, Insya Allah, dengan kesungguhan kita untuk berubah, Allah mempermudahkannya.

Kalau ada antara kita ni ada sifat panas baran, marilah sama-sama kita mengubatinya, agar sekeping hati yang kita miliki itu adalah hati yang bersih dan suci. Dan dengan hati yang suci ini, kita mampu menyampaikan dakwah islam dengan baik. Moga bicara dibibir kita ini adalah bicara yang mampu membangunkan umat islam dan bukan memusnahkan kerana kalau bicara kita jernih bak air zam-zam maka jernih lah ia, tetapi kalau keruh bak kopi, maka keruh lah segalanya. Berwaspada terhadap bicara kita kerana sebaik-baik bicara adalah bicara yang sentiasa mengingati Allah.

wallahualam....

Monday, June 20, 2011

lemas

Dah nama pelajar, mesti kena ikut peraturan kan? Huh! amat merimaskan. Peraturan memang ah mengajar kita untuk berdisiplin kan? Tapi saya paling tak suka kalau yang mengarah agar mengikut peraturan tu tak ikut peraturan..ha sudah...berbelit-belit dah ayat..

Senang citer, kalau kita nak mengarahkan orang untuk ikut peraturan , kita pun mestilah menjadi contohyang baik. Jangan kita pulak jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan, adoyai..masalah tue..

malam nih ntah kenapa rasa cam nak mrepek+mengarut dan bercerita ntah ape2..maaf n3 yang tak berpekdah ni..malunyer saya..Jom buat kesimpulan lah sebelum aura mengarut menjadi-jadi, aha, jadilah role model buat seua, setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita mungkin meninggalkan kesan kepada orang yang mendengar.Berwaspadalah. Moga kita ini menjadi contoh teladan yang baik , agar orang meniru apa yang baik daripada kita.Semoga dikurniakan pahala oleh Allah.Amin~

wslm

Tuesday, June 14, 2011

sayangnya Rasulullah kepada umatnya


warkah buat insan tersayang

11.54p.m (13Jun2011)
Ku karang warkah ini buat mama dan abah yang tersayang,
insan yang ku kasih dan ku puja-puja,
walau tiada di sisi , tapi sentiasa di hati.

Sungguh besar pengorbanan mama dan abah, 
sehinggakan kalian tidak pernah sanggup melihat anak-anak menderita walau seketika,
kami ditatang bagai minyak yang penuh,
kemesraan kalian, kasih sayang yang diberi, tidak akan pernah pudar,
sungguh tulus kasih yang mama dan abah berikan.

Jasa mama dan abah tidak akan mampu ku balas walau jutaan wang ringgit yang ku miliki,
walau luas lautan yang ku kuasai, 
tidak akan dapat ku balas jasa dan pengorbanan seorang ayah dan ibu ku ini, 
sungguh tabah hatimu ibu, sungguh cekal jiwa mu ayah,
walau sedegil mana ankamu ini,
walau nakal mana anakmu ini,
walau anakmu ini pernah mengecewakan mu,
namun tidak pernah kau doakan kebinasaan buat anakmu,
kasih mu buat anak-anakmu tidak pernah berbelah bagi,
begitu jualah kasih ku pada mama dan abah,

Lidah ini adakalanya kelu untuk mengungkapkan sayang, 
kerana malu,tapi hati ini melonjak mau,
ketahuilah bahawa aku sayang pada kalian berdua
mama dan abah,
kuharap,pelukan yang kuberikan suatu ketika dulu dapat mengalirkan rasa kasih dan sayang yang ku pendam ini,
ciuman pada pipi mu itu suatu penghargaan yang ikhlas dari anakmu,
anakmu ini sungguh sayang padamu,

Ku ingin mohon maaf,
andai pernah kata-kataku menyinggung perasaanmu,
perlakuanku yang mengecewakanmu,
tapi ku akan sentiasa mencuba, dan terus mencuba,
agar aku dapat jadikan mama dan abahku orang yang paling bahagia di dunia ini,

akan ku bangkit dari kesilapan lampau, 
dan menjadi orang yang berjaya di dunia maupun akhirat,
semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati mama dan abah..


sayang dari anakmuuuuuu.....



Monday, June 13, 2011

silap information

COPENHAGEN: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menjelaskan keputusan melaksanakan moratorium atau pembekuan itu hanya dibuat terhadap pembukaan fakulti perubatan baru di institusi pengajian tinggi (IPT) dan bukannya dalam soal pengambilan pelajar baru dalam bidang perubatan. 


Moratorium itu akan dilaksanakan mulai 1 Mei tahun ini sehingga 30 April 2016.
"Kekeliruan yang mengatakan kita tak akan ambil pelajar perubatan tidak betul, yang tidak dibenarkan (ialah pembukaan) sekolah perubatan baru. Ia juga tidak babitkan soal penghantaran pelajar luar negara," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan penuntut Malaysia di Denmark di sini, hari ini.


Beliau berada di ibu negara Denmark ini untuk menghadiri Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Asia-Eropah (ASEMME). 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran ,Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk berucap pada sesi plenari persidangan itu esok. 

Mohamed Khaled berkata, langkah pelaksanaan moratorium itu tidak akan menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengambilan pelajar di IPT yang menawarkan program perubatan sedia ada mampu melahirkan bilangan pegawai perubatan yang mencukupi. 

"Pada masa ini terdapat 33 IPT menawarkan program perubatan, 10 daripadanya adalah institusi pengajian awam dan selebihnya swasta, yang diyakini berkeupayaan menjana nisbah seorang pegawai perubatan bagi 400 penduduk (1:400)pada 2020, katanya. 
Ditanya sama ada terdapat IPT yang memohon untuk menubuhkan fakulti baru untuk program perubatan, beliau berkata kementerian tidak menerima permohonan baru untuk membuka fakulti perubatan. 

"Tidak ramai yang tunggu (untuk memohon), sekurang-kurang tidak perlu mana-mana universiti cuba nak mohon fakulti perubatan, 33 sudah mencukupi," katanya. 

Mohamed Khaled juga menjelaskan bahawa moratorium itu dilaksanakan bagi membolehkan usaha meningkatkan kualiti pengajian di fakulti perubatan sedia ada dapat dipertingkatkan bagi melahirkan pegawai perubatan yang berkualiti. 

Katanya, kualiti pegawai perubatan yang menjalani latihan umpamanya boleh terjejas berikutan "kesesakan" pegawai perubatan yang menjalani latihan di hospital kerana bilangan yang kini menjalani penempatan latihan tu semakin meningkat. 

Selain itu, katanya, fakuti perubatan sedia ada juga berhadapan dengan masalah mendapatkan tenaga pengajar berkualiti. 

"Dengan adanya moratorium, dapatlah kita beri tumpuan untuk tingkatkan kualiti sekolah-sekolah perubatan sedia ada. 

"Masa moratorium inilah usaha dapat dilakukan untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah, kurikulum, peralatan dan sebagainya," katanya. - BERNAMA

things to do

1.be calm
2.think for many times before make any decision
3.relax

Tips Wanita Solehah

  1.  Solat tepat waktu
  2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  5. Bercakap dengan rendah suara.
  6. Lembut dan halus tingkahlakunya.
  7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
  10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya
  11. Pandai mengambil hati orang tua.
  12. Menghormati dan taat ibubapa.
  13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
  14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  16. Rambut tak diwarnakan.
  17. Banyak dan murah dengan senyuman.
  18. Banyak mendengar dari bercakap.
  19. Senyuman adalah ketawanya.
  20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
  21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

Sunday, June 12, 2011

pesan Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. 
Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.” 
  
1 : HAK KEPADA DIRI. 
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 
2 : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT. 
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 
3 : HAK KEPADA KUBUR.
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 
4 : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR.
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 
5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT).
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 
6 : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT). 
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 
7 : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA).
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. 
8 : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA).
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 
9 : HAK KEPADA NABI SAW.
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 
10 : HAK KEPADA ALLAH SWT.
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

seksanyaaaa...!!

J just came back from my aunt's house ( family gathering) having bbq while watching final FA Cup between Kelantan and Terengganhu. 1 side for mom and the other side for dad..hehe.. Ok, talking about the final football game, i was no satisfied with some of unfair referee.hehe..Macam lah tau sangat pasai bola..Pandai2 jer kan tyra nikh? hehe..saje nak create something Hot gitu, i wasso sleepy but i couldn't sleep. Badan ni lenguh semacam. Bukan buat kerja berat pun, tapi amatlah sakit..Hilangkan kesakitan dengan online..so cleaver..Diary ku, jangan marah yer..hehe...=)

Saturday, June 11, 2011

feelingless? =(

Result for the coming intake for Apex university was announced yesterday. The bad news is im failed. Am i sad? Kinda of happy?? Huh! I pretty don't know.. Actually i dun really interested to further study there as it was just 5 min drive from my house (such hyper descr..hehe) I wish to go to somewhere far from house because i want to learn how to be independent. I've learnt some of it during my matriculation programme. I love my matric momments. Although i need to face 6 hours trip with full of dizzyness and bored , But it still the best part of my life. huhu..really miss my wonderful college.Yet, i just wondering about UPU. What course will i get? hmm..Very nervous, I really hope the very best things for me. 
Well, wake up athirah! haha..kinda of dreaming ma.. I nearly forgot something. dulu, my friend, namanya Asma. pernah dia sebutkan dalam suatu majlis ilmu tentang kejayaan ni. Dia suruh kami semua sentiasa berdoa agar diberi kejayaan terbaik sekiranya kejayaan itu akan menaikkan maruah diri kita, keluarga, agama,bangsa dan negara kita, sekiranya kejayaan itu hanya akan mendatangkan fitnah di masa akan datang, maka hanya Allah sahaja yang layak menentukan keputusannya. 
Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya. Kita sebagai hambaNya perlu berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh memohon yang terbaik dari Allah. Setiap apa yang kita fikirkan baik untuk kita, belum tentu ia baik dan setiap yang kita fikirkan buruk buat kita, mungkin ia terbaik buat kita sebenarnya. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Insya Allah. huhu..Ok athirah..Jangan lagi fikir pelik-pelik..Insya Allah dapatlah yang terbaik..Tapi nervous amat
p/s sekarang tengah mengharap untuk programme medic@KLE..huhu..harap-harap dapat..Amin

Santapan Harian Kita

1. Bacalah Surah al-Ikhlas kerana membacanya menyamai satu pertiga al-Quran. Dibaca 10x akan dibina sebuah istana di syurga.
2. Surah al-Falaq apabila dibaca 3x untuk perlindungan daripada bencana dan perkara yang tidak diingini
3. Surah al-Nas sama seperti surah al-Falaq
4. Ayatul Qursi (Surah al-baqarah 255) Pahalanya menyamai satu perempat al-Quran, dibaca setiap kali lepas solat akan dimasukkan ke syurga , setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat
5. Membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21x sebelum tidur amat digalakkan sebagai usaha untuk mengelakkan mati terkejut dan lain-lain. Insya Allah
6. Membaca Surah al-Fatihah 20x selepas solat fardhu merupakan amalan para solehin. Insya Allah akan tercapai segala maksud, perlindungan daripada segala keburukan dan sebagainya. (boleh dibaca 100x sekaligus jika sukar untuk diamalkan selepas solat)

Thursday, June 9, 2011

Kelahiran Si Comel

Kelahiran bayi merupakan suatu khabar gembira bagi setiap insan. Oleh sebab itu, setiap orang islam yang mendengar berita ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut. Jika kita menyoroti sirah peribadi agung Rasulullah SAW kita akan mendapati bahawa ketika Baginda dilahirkan, Thuwaibah telah  memberi khabar gembira kepada Abu Lahab Yang ketika itu menjadi majikannya dengan mengatakan :
     " Telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah"
Maka Abu Lahab ketika itu dengan serta merta memerdekakannya kerana terlalu gembira
Ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Tujuan menyampaikan berita gembira ini adalah untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat islam


Thursday, June 2, 2011

life of debate

I've learnt to be a good debaters by a step of abc. From a person who did not know anything about the world of debate, yet im grown as an outspoken person. It's not the time to show off my talent to others but i sincerely want to share some of my tragic life. I felt so bad been criticize by others on my first step in debate. My first experienced in a cool "sidang" at UIAM Gombak was the worst "sidang" i had. Really terrible. Ok forget it. I realized that when i want something to happen, it really works. Credit to my beloved teacher from mrsm jeli who forced me to involved again in debate(after give up for some time) Because of you, i realized that i really into debate and i loved it. Thanks for changing my mind settings plus confident. aha! I love to speak in front of people..=)

I need a Vacation

It's hard for me to share my feelings with others. Yet, i feel so stress. I wonder a peaceful vacation like going to an island, away from the bustling streets of noise, traffic lines of coloured ants moving in unison, moving riots, a motion of noise and colour..make me crazily depressed.