Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Friday, June 24, 2011

Trend Tudung Di Bulan Ramadhan

Pejam celik, pejam celik, kurang beberapa bulan lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan. Apa ada rasa? Mesti tak sabar kan? Bulan Ramadhan ni banyak kelebihaannya, salah satunya kita dapat menunanaikan solat sunat tarawikh. kan? Moga-moga kita semua dipanjangkan umur untuk merasai nikmat ini..Amin

Selain itu, mesti kita semua terbayang akan keriuhan bazar-bazar Ramadhan yang tumbuh bak cendawan tika itu kan? Di kiri kanan anda, ramai yang meniaga. Bagus jugak,, lagipun perniagaan ni kan sumber utama rezeki.

Tapi saya nak tekan kan satu fenomena yang saya rasakan semakin menjadi-jadi, siap berkudis ,bernanah lagi dalam masyarakat kita ni, iaitu trend sesetengah wanita islam yang "free hair" memakai tudung hanya di bulan ramadhan. Pakai tudung adalah sesuatu yang baik bahkan itulah yang disuruh oleh Allah s.w.t tapi yang menjadi masalah bila dah rayer, masuk bulan Syawal semua tu dah tak der..Tudung entah ke mana, yang ada rambut bagai-bagai warna, perang lah ape lah...Semua nak jadi macam minah salleh agaknya. Kenapa benda macam ni boleh berlaku?  Adakah masyarakat kita ini tak faham tentang hukum-hakam agama? Bukankah bagi wanita islam, memakai tudung itu adalah perkara yang wajib?

Allah s.w.t berfirman " Dan katakanlah kepada perempaun yang beriman supaya menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka " Surah an-Nur : 31

Mengapa kita perlu pakai tudung?
apa kelebihan pakai tudung?
Apa balasan kaau kita tidak memakai tudung?

Bukankah semua ini sudah diperjelaskan kepada kita ketika di sekolah lagi? Apa yang kita dapat daripada kelas-kelas agama yang kita hadiri? Letih ustaz ngan ustazah kita duk nasihat kita...Kan? 

Antara ciri-ciri untuk kita melihat wanita yang beriman ialah dia memakai tudung. Dan perlu kita semua ingat bahawa tudung ini bukan sekadar trend tatau fesyen atau menghormati bulan ramadhan dan majlis-majlis keagamaan sahaja tetapi merupakan perintah Allah yang wajib dilaksanakan. 

Moga kita bukan sebahagian daripada golongan ini. Dan kalau ya pun, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan kita cuba fahami serta selami kenapa islam menganjurkan wanita memakai tudung...Hmmm... Sesungguhnya banyak kelebihan memakai tudung ini. Hidup kita kan untuk beribadat kepada  Allah, jadi kita perlulah akur, tunduk akan segala perintahNya. Kan..Lagi pun wanita ini sangat cantik bila bertudung, nampak lebih anggun dan ayu gitu..hehe
Selamat Beribadat

No comments:

Post a Comment