Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Tuesday, June 21, 2011

kawal marah anda





Kita pasti pernah mempunyai rasa marah bukan? Begitu juga saya.N3 hari ni saya nak cuba kongsikan berkenaan panas baran.

Marah sebenarnya apabila kena tempat ia akan menjadi "terpuji" tetapi marah kalau tak kena tempat itu adalah "keji".Apa beza panas baran dengan tegas ya?? Perlukah kita ada rasa marah dalam jiwa? Saya akan cuba huraikan sebaik mungkin berkenaan isu ini.

Pernah suatu ketika dahulu Abu Darda' bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang apakah amalan yang boleh membawa aku untuk masuk ke syurga dan Rasulullah s.a.w menjawab, "Jaga kemarahanmu,jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu" Rasulullah mengulang pesanan ini sebanyak 3x. Jadi jelas kepada kita semua bahawa kita PERLU mengawal sifat marah.

Perlulah kita semua mengisi hati kita dengan 2 benda, yakni yang pertama dengan iman dan yang kedua kasih sayang. Kalau tiada kasih sayang dalam hati kita, tidak mustahil akan timbul KEBENCIAN. Contoh kebencian yang wujud itu ialah marah. Marah ini boleh kita ibaratkan sebagai bola bagai syaitan, boleh disepak terajang oleh mereka. Sesungguhnya marah itu datang dari syaitan, dan syaitan itu dari api. Apa yang boleh memadamkan api? Air bukan? Jadi salah satu cara nak memadamkan api kemarahan ini ialah dengan wuduk dan zikir. ada juga amalan-amalan lain yang disarankan seperti mengamalkan ayat dalam surah At-Taubah ayat 129 dan surah al-Baqarah:88.


Jadilah kita antara orang-orang yang bijak,kerana orang yang bijak ini adalah orang yang pandai mengawal kemarahannya. Kita perlu "mengotakkan" fikiran kita antara kerja, rumah, tanggungjawab dan sebagainya.Jangan jadikan anasir luar mengubah bentuk dan kehidupan asal kita.

Ada suatu kisah seorang isteri yang amat tertekan dengan suaminya yang panas baran.Pantang silap sikit disepak terajang isterinya. Dan si isteri yang penyabar ini berusaha dengan berdoa dan memohon kepada Allah disertakan solat hajat selama 40 hari.2 benda yang dipohon olehnya iaitu "agar diberi kekuatan untuk menegur suami" dan "dilembutkan hati suami". Apa yang terjadi, si isteri ini berjaya menegur suaminya hinggakan suaminya mengalirkan air mata. Subhanallah. Sesungguhnya hati manusia ini milik Allah, dan janganlah kita lupa serta leka dari memohon kepadaNya.

Moga-moga ujian yang diberikan kepada kita menjadikan kita lebih dekat kepada Allah.semua manusia diuji. Cucu Rasulullah s.a.w iaitu Husin juga diuji. Kita dapat lihat betapa sabarnya beliau ketika dimaki,dicaci oleh penduduk kampung ketika berjalan seorang diri.Beliau hanya diam mendengar cacian mereka.Bayangkan betapa sabarnya Husin ini. Kalau kita bagaimana? Orang mengutuk kita,mencaci dan mengejek kita, masih mampukah kita tersenyum dan berdiam diri? Tepuk dada , tanya iman. Kadang-kadang kalau bukan tangan yang menghayun ke pipi, kaki yang terajang dulu kan? Haha..Sama-samalah kita cuba tanamkan sifat sabar dalam diri kita, Insya Allah, dengan kesungguhan kita untuk berubah, Allah mempermudahkannya.

Kalau ada antara kita ni ada sifat panas baran, marilah sama-sama kita mengubatinya, agar sekeping hati yang kita miliki itu adalah hati yang bersih dan suci. Dan dengan hati yang suci ini, kita mampu menyampaikan dakwah islam dengan baik. Moga bicara dibibir kita ini adalah bicara yang mampu membangunkan umat islam dan bukan memusnahkan kerana kalau bicara kita jernih bak air zam-zam maka jernih lah ia, tetapi kalau keruh bak kopi, maka keruh lah segalanya. Berwaspada terhadap bicara kita kerana sebaik-baik bicara adalah bicara yang sentiasa mengingati Allah.

wallahualam....

No comments:

Post a Comment