Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Tuesday, June 14, 2011

warkah buat insan tersayang

11.54p.m (13Jun2011)
Ku karang warkah ini buat mama dan abah yang tersayang,
insan yang ku kasih dan ku puja-puja,
walau tiada di sisi , tapi sentiasa di hati.

Sungguh besar pengorbanan mama dan abah, 
sehinggakan kalian tidak pernah sanggup melihat anak-anak menderita walau seketika,
kami ditatang bagai minyak yang penuh,
kemesraan kalian, kasih sayang yang diberi, tidak akan pernah pudar,
sungguh tulus kasih yang mama dan abah berikan.

Jasa mama dan abah tidak akan mampu ku balas walau jutaan wang ringgit yang ku miliki,
walau luas lautan yang ku kuasai, 
tidak akan dapat ku balas jasa dan pengorbanan seorang ayah dan ibu ku ini, 
sungguh tabah hatimu ibu, sungguh cekal jiwa mu ayah,
walau sedegil mana ankamu ini,
walau nakal mana anakmu ini,
walau anakmu ini pernah mengecewakan mu,
namun tidak pernah kau doakan kebinasaan buat anakmu,
kasih mu buat anak-anakmu tidak pernah berbelah bagi,
begitu jualah kasih ku pada mama dan abah,

Lidah ini adakalanya kelu untuk mengungkapkan sayang, 
kerana malu,tapi hati ini melonjak mau,
ketahuilah bahawa aku sayang pada kalian berdua
mama dan abah,
kuharap,pelukan yang kuberikan suatu ketika dulu dapat mengalirkan rasa kasih dan sayang yang ku pendam ini,
ciuman pada pipi mu itu suatu penghargaan yang ikhlas dari anakmu,
anakmu ini sungguh sayang padamu,

Ku ingin mohon maaf,
andai pernah kata-kataku menyinggung perasaanmu,
perlakuanku yang mengecewakanmu,
tapi ku akan sentiasa mencuba, dan terus mencuba,
agar aku dapat jadikan mama dan abahku orang yang paling bahagia di dunia ini,

akan ku bangkit dari kesilapan lampau, 
dan menjadi orang yang berjaya di dunia maupun akhirat,
semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati mama dan abah..


sayang dari anakmuuuuuu.....



No comments:

Post a Comment