Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Thursday, June 9, 2011

Kelahiran Si Comel

Kelahiran bayi merupakan suatu khabar gembira bagi setiap insan. Oleh sebab itu, setiap orang islam yang mendengar berita ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut. Jika kita menyoroti sirah peribadi agung Rasulullah SAW kita akan mendapati bahawa ketika Baginda dilahirkan, Thuwaibah telah  memberi khabar gembira kepada Abu Lahab Yang ketika itu menjadi majikannya dengan mengatakan :
     " Telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah"
Maka Abu Lahab ketika itu dengan serta merta memerdekakannya kerana terlalu gembira
Ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Tujuan menyampaikan berita gembira ini adalah untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat islam


No comments:

Post a Comment