Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Tuesday, June 21, 2011

Hiburan Mengikut Islam

Hiburanmerupakan satu fitrah yang digemari oleh manusia. semua orang menginginkan hiburan untuk menghiburkan mereka. Namun, adakah mereka memanfaatkan sepenuhnya hiburan tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah? atau hanya menggunakan hiburan itu untuk perkara maksiat sahaja? 

Mari kita lihat terlebih dahulu takrif Hiburan ini. Dalam Bahasa Arab disebut al-lahw iaitu semua perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang mengganggu tidur mereka. Ia juga tidak mempunyai hakikat yang sabit seperti bermain, berjenaka, bersembang malam,menyanyi dan sebagainya. 

Terdapat 3 hukum hiburan. 
Pertama : "Hiburan yang tidak memberi apa-apa kesan yang buruk atau baik
Cth anda berada dalam majlis yang penuh dengan gurau senda dan perkara yang tidak berfaedah serta membuang masa. hiburan begini hukumnya MAKRUH

KEDUA : "Hiburan yang memberi kesan buruk"
Cth hiburan yang sehinggakan kita mengabaikan solat, bekerja mecari rezeki dsb. Ia memberi impak buruk kepada individu dan masyarakat,maka hukumnya HARAM

KETIGA : "Hiburan yang memberi kebaikan"
kebaikan kepadada individu dan masyarakat. Cth memanah, permainan yang berfaedah, dan apa sahaja hiburan yang diterima rasional manusia. Hiburan sebegini hukumnya adalah HARUS.



No comments:

Post a Comment