Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Monday, April 25, 2011

bicara hati

Bismillahirahmanirahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Terdetik di hati pada saat ini untuk mencoretkan sesuatu mengenai "Hati" tatkala bertimbun masalah menerpa tika ini. Teringat pula pada roomate dahulu sentiasa berpesan, "Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang diluar kemampuan kita" Insya Allah. Pertamanya, sama-sama kita memohon ke hadrat Illahi agar sentiasa ditetapkan dalam iman islam. Semoga kita semua menjadi pejuang islam suatu hari nanti. Berbalik kepada perkara pokok yang ingin saya perkatakan sebentar tadi, penyakit hati merupakan suatu penyakit yang paling serius dan sukar dirawat. Misalnya, tiada orang lain yang dapat mengubati penyakit ini melainkan empunya diri itu sendiri mempunyai kesedaran diri dan iman yang kuat dan sentiasa berusaha mengubatinya. Masalahnya, adakah kita antara golongan yang sedar? Adakah kita sedang menghadapi penyakit kronik yang tiada ubatnya di hospital dan mana-mana farmasi? Nauzubillah..Tatkala melihat gelagat manusia di mana-mana sahaja, kadangkala hati ini gusar, takut dan amat gerun kalau-kalau terbit suatu perasaan yang dinamakan "riak" dalam diri. Sebab kalau timbul riak dalam ibadat, sudah pasti ibadat kita tidak kemana, hanya sia-sia..Bagi menangkis segala perasaan ini, sentiasa kita bermuhasabah diri, ingat kepada Allah s.w.t, sentiasa bertasbih dan berzikir kepada-Nya..seterusnya, penyakit hati berkaitan dengki melihat kesenangan orang lain. Tidak mustahil ini juga boleh terjadi dalam kalangan ahli keluarga.Misalnya dalam berbicara mengenai harta pusaka. Semua orang boleh bergaduh kerana harta, wang ringgit.Masya Allah, lupakah kita kepada Allah? terhadap kehidupan kita yang suatu lagi? Dunia hari ini hanya lah pinjaman semata-mata. Lebih dasyat ada antara ahli keluarga sampai bercakaran, tidak bertegur sapa dek masalah ini. Bagaimana mahu diselesaikan pergelutan ini? Hm, amat sukar untuk memberi jwapan bukan? tambahan lagi kalau perkara ini benar-benar berlaku kepada diri kita. Apa yang bisa dibuat, kita sama-sama lah berdoa mohon dikuatkan iman oleh Allah s.w.t dan dilembutkan hati kita dan hati-hati insan yang bersama kita.Insya Allah, perbanyakkanlah zikir kepada Allah s.w.t. Zikir mampu menenangkan jiwa-jiwa kita. Ubatilah hati kita dengannya. Dalam Surah Al-Waqiah sendiri Allah menyeru kita untuk berzikir kepadanya, dua kali pulak tu dalam surah yang sama. Marilah sama-sama kita mantapkan iman kita :)
wassalam...

No comments:

Post a Comment