Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Monday, November 28, 2011

muslim yang hebat

Kalau nak jadi muslim yang disegani, apa yang perlu saya buat? Sering saja soalan ni terngiang-ngiang di benak fikiran. Alhamdulillah, 2hari lepas ana sempat berprogram yang membawa ana menjelajah medan masa dari zaman jahiliyah hingga zaman islam diagung-agungkan. seolah2 ana dalam mesin masa. Namun itu bukan topik utama untuk ana bincangkan dalam n3 kali ni. ana nak share apa yang boleh kita usahakan untuk menjadi seorang "muslim yang hebat"

Pertama, Tajdid niat. Kita kena sentiasa memperbetulkan niat kita dalam melaksanakan pekerjaan kita, moga segala usaha kita itu diredhai Allah dan menjadi ibadah bagiNya. Setiap amal kita perlu disertai dengan niat, sebagaimana yang disebut dalam hadis pertama yang menekankan perihal niat.

Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra berkata, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, 
" Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrahh hanya kerana Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasulnya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan" 
 (Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadis : Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari dan Abu Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairy An-Naisaburi,di dalam kedua kitab tersahih di antara semua kitab hadith)

Kedua, Jangan mensia-siakan masa yang ada.
Sentiasa beristighfar, berzikir memuji Allah, membaca al-Quran dan mempertingkatkan ibadat kepada Illahi. Allah berfirman, " Maka bertasbihlah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Maha besar" surah al-Waqi'ah 56:96

Ketiga , dekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu. Kerana malaikat sangat menggemari majlis-majlis ilmu. Dan malaikat akan mendoakan orang-orang yang menghadiri majlis-majlis ilmu

Last, buang sifat manja dalam diri. Nabi saw pernah bersabda, "Allah menyukai syabab yang tidak keanak-anakkan" kerana orang yang mempunyai sifat manja tidak akan dapat berjuang. Yang ada, keluhan demi keluhan. kankankan? Seorang muslim yang hebat perlu mempunyai semangat jihad yang tinggi, semangat kental. Dan paling penting perlu ada rasa tanggungjawab untuk explore ilmu-ilmu baru supaya kita dapat sama-sama kembalikan kegemilangan islam yang suatu masa dulu pernag kita ada. Islam akan bangkit menjadi ustazatul alam suatu masa nanti dengan keberadaan antum/na semua...




No comments:

Post a Comment