Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Thursday, December 8, 2011

Diri yang tak bersyukur

Aku masih lemah, aku memang malu, malu pada mu Ya Rabb, setiap kali kau hadiahkan ujian buatku, aku sering mengeluh. Ya Allah, dekatkan hati ku padaMu..Jangan biarkan aku jauh begini. Hadiahkan cintaMu padaku Ya Allah. Tetibe plak jadi emo, sebab memikirkan banyak kekhilafan yang telah dilakukan, antara sedar @ tidak sedar. Sering sahaja diri ini mencari "dunia" untuk memuaskan perbagai panggilan duniawi. Sampaikan kadang kala aku lagha..lalai dengan segala kemewahan, segala keasyikan ini. Astaghfirullahhalazim..Malunya aku padaMu Ya Allah, aku meminta2 sedangkan aku tidak memberi. Aku merayu padaMu untuk segala pertolongan, namun segala nya nampak biasa, Ya Allah bawalah aku dekat pada jalanMu, jalan yang diredhai

p/s pernah diceritakan dulu, ada seorang hamba Allah yang berdoa, "Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Apabila ditanya, kenapa berdoa sedemikian, beliau berkata, dalam dunia ini, xramai orang yang besyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. dan mereka adalah golongan yang "sedikit" yang dimaksudkan. Subhanallah, betapa tinggi nya iman beliau jika nak dibandingkan dengan diri ini, mungkin tiada tandingan. Sedihnya..

No comments:

Post a Comment