Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Monday, August 29, 2011

Bahana Duit

Duit Oh Duit...!!
Semua orang di dunia ini mahukan duit, apa tidaknya, semua benda perlukan duit, nak masuk tandas pun sekarang ni pakai duit 30sen kan?n3 kali ini saya ingin kongsikan bagaimana "duit" menjadi "penyebab" permasalahan dalam kalangan manusia.

Pertama, kerana duit, manusia menjadi sombong.
Situasinya kita dapat melihat segelintir masyarakat kita yang lupa diri setelah mempunyai wang yang banyak. Walhal pada asalnya, dia hanyalah si miskin yang tiada memakai pakaian berjenama, makan pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, TETAPI setelah dijamu dengan duit jutaan ringgit, dia alpa. Inikah yang kita mahu? Masyarakat yang lupa diri? Lebih sedih lagi kalau sudah kaya, lupa diri dan kedekut. Haa, cukup satu pakej. Walhal kaya atau miskin, itu semua adalah ujian dari Allah s.w.t. Kekayaan kita hanyalah pinjaman daripada Allah. Wang yang kita ada bukan 100% milik kita, namun sebahagian daripadanya adalah buat golongan miskin. Berapa banyak daripada kita yang "memberi dan lupa apa yang mereka beri"? cuba fahami dengan hati kalian apakah yang dimaksudkan dengan "memberi dan lupa apa yang mereka beri"..

Kedua, kerana mengejar duit, mak ayah diabaikan
Situasi yang dipaparkan dalam filem/drama TV bukan hanya rekaan semata-mata, malahan golongan "si tanggang" ini benar-benar wujud. Ini adalah realiti dunia. Kita mengejar arus pemodenan semasa, tetapi pada masa yang sama kita jangan lah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Apa guna belajar tinggi-tinggi tetapi bila dah bekerjaya, dan ada anakbini, mak ayah kita tidak dijaga? Inikah cara kita membalas budi mereka? Tanpa pengorbanan ibu&ayah, tak mungkin kita mampu menjadi orang yang berjaya. "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa" jadi, renung-renungkan

Ketiga , kerana duit, keluarga kacau bilau
Betul ker? Iye, benar dong!! Haha, jangan ingat dalam keluarga tak ade yang punyai rasa dengki taw! Kalau dah hatinya ngak dirawat, maka dengan sesiapa saja dia bisa jealous..benar kan? Jadi, apa perlu kita buat? Istighfar banyak2 terutama pabila terdetik sesuatu yang tak elok terhadap saudara kita. Paling penting, diri sendiri tu kena perbetoi dulu. muhasabah diri tiap masa. Ramai antara kita selalu nak "zoom" salah orang lain, sampaikan tak sedar diri sendiri punyai jutaan ribu-ribuan kekurangan..kan? Manusia, tak sempurnakan? Kita semua tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi kita tak perlu nak korek dalam-dalam kisah orang, kisah buruk dorang plus kisah-kisah lampau pun duk campoq sekali..kita perbetoi hak dalam diri kita neh dulu na.. ok?

last sekali, sebab duit jugak, kita jadi tak ikhlas
Bukan semua lah, sesetengah orang .Kan? Contohnya, mak bagitau, "adik, pi kemas stor, pahtu mak upah hang 10inggit" Haaa,, ada daq?? pahtu kita duk buat keja tuh sebab rm10 tuh jelah, bukan ikhlas mana pun. kan? Macam gak kerja, ramai sekarang yang kerja sebab nak duit, bukan sebab ikhlas nak bantu orang, bantu keluarga, masyarakat dan negara. Hmm, contoh paling mudah kita tengok satu profession yang paling dekat dengan masyarakat iaitu "DOKTOR".. Berapa ramai masyarakat kita yang jadi Dr, kalau tengok kemalangan kat jalanraya, sudi berhenti kereta dan sukarela mengaku sebagai Dr, sedia nak membantu?? Yang banyak didengar ramai yang buat tak tahu..Kalau ada, saya ucapkan syabas! Sebab ilmu yang kita ada bukan hanya terhad untuk digunakan ketika bekerja sahaja, praktikkan dalam kehidupan kita. Tak kiralah kita kerja apa sekalipun, yang penting, ikhlas..OK2??


p/s Sekadar pendapat, jika ada khilaf, mohon ampun&maaf. Comment daripada anda saya terima dengan hati yang terbuka untuk kita sama-sama bertukar-tukar pandangan. 

wassalam

No comments:

Post a Comment