Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Tuesday, August 23, 2011

Tak Guna Punya Doktor

"Tak Guna Punya Doktor" - kasar ke? haha..Sekadar "gimik" untuk tajuk n3 kali ini. Kali ini, saya nak kongsikan 1 cerita (based on my own experienced)

Ok, last few days, saya kena tonsillitis, so sebab xtahan nak menelan, saya just makan aiskrim jer wat isi perut, tu pun perit jugak, makan slow2..lepas amik antibiotics, bengkak 2 pun dah redha, tapi sakit lain mai plak, gastric!!! aduhai...sabor jelah time tuh, siap muntah2 lagi, pastu makan lah Gaviscon (yang iklan dalam Tv tue) tapi xreda2 pun... So semalam saya pun pegilah kat HUSM, amik injection kat unit kecemasan.

kat bahagian tuh, memang toksah citer r, sibookk memanjang..dah lama sangat tunggu, doktor xcheck2 pun, then my mom pegilah dkt sorg doktor nih (L) nak suh tengokkan keadaan saya time tuh.. Taw x apa yang dia jawab? "err..xboleh lah, sbb shif sy dah habis, lagi pun saya dah lewat gak nih" dengan senyum yang tanpa rasa bersalah tuh, that doktor pun blahhh cam tuh jer..

Ok fine, saya faham anda doktor unit kecemasan, anda sibuk & letih.Yes, i know..Saya tak kisah sangatlah kalau xnak check saya, saya bleh mitak tolong doktor lain, tapi 1 THING yang saya frust adalah SIKAP!! terkejut saya dengar seorang doktor melayu, bergelar muslim buat pgai camni. Dalam bulan puasa ini, sepatutnya kita tingkatkanlah amal kita. Kerjaya sebagai seorang doktor bukan sekadar nak dapat gaji lumayan, rumah besau, jadi kebanggaan, tapi sepatutnya, gunakanlah landasan yang diberi untuk jalan2 kebaikan. Kalau dalam interview, org tanya sebab nak jadi doktor? dgn bangga jer jawab "nak tolong orang" Tapi kenapa tak bleh praktikkan? *emo-kah saya??* haha.. Bukan apa, saya sekadar merenung apa yang bakal terjadi di masa depan.

Cuba bayangkan, kalau kita punyai doktor yang ada sikap sedemikian rupa? Alamatnya, mati dulu lah pesakit2 jawabnya.Kan?? Hmm.. beristighfar panjang jugak semalam, terkezooott,,bukan ape..ehe..Kalaulah ditakdirkan saya record dialog dia tuh & buat report dekat pengarah HUSM .habis lah doktor tuh, tapi xsampai hati plak, cuma sekarang saya nak "SSSEEEERRRUUUU" dia agar dia sedar silap dia buat semalam...haha(boleh ker cam ni? memandai ja) 

Pengajarannya, kalau kita seorang doktor @ siapa sahaja pun kita, kerjaya apa sahaja yang kita pegang@ bakal pegang, kita perlu ikhlas buat kerja. Jangan curi2 tulang taw..Sebab segala tindak tanduk kita, diperhatikan (ada cctv taw) hm..Allah tahu segala-galanya. Kalau hari ini kita aniayai orang, esok lusa kita ker/sanak saudara kita pulak teraniaya. Nak ker? Kalau taknak, jangan buat "terok" kat orang. Kita sentiasalah berbuat baik dengan orang. Jaga hubungan kita dengan Allah&sesama manusia. Barulah hidup kita sentiasa bahagia. Lagi pun kita tak tahu bila ajal kita kan. Kita tak tahu amal yang mana 1 yang akan bawak / bantu kita nak masuk syurga nanti, so kita perlu sentiasa perbanyakkan amal ibadat kita. get it? hehe..that's all for today, tq.

wallahualam..

2 comments:

  1. eh, ade ke patut doktor tu. isy3, iA kita sendiri kena usaha so that masa depan kita x jd mcm tu. huhu. tq fr sharing :)

    ReplyDelete
  2. yup, xtahulah,frust sgt ngn sikap dia..ehe..xpe, kita amik iktibarlah dari apa yang terjadi..kan3? welcome nisha :)

    ReplyDelete