Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Wednesday, August 17, 2011

Mukjizat

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua? Moga2 semua sihat & dalam perlindungan Allah s.w.t

N3 kali ini, berkisar "Harta" yang ditinggalkan oleh kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w,yakni al-Quran yang sentiasa menjadi rujukan pertama kita. Adakah kita senantiasa berdampingan dengannya? Jika "ya" Alhamdulillah... Sesetengah masyarakat kita hari ini, kadangkala kurang mengamalkan sikap suka membaca al-Quran. Lebih menyedihkan apabila al-Quran hanya menjadi perhiasan di rak sahaja.

Sahabat sekalian,al-Quran merupakan petunjuk kepada umat manusia,khususnya islam. kedapatan 3 cara beribadat dengan al-Quran, yakni:
PERTAMA : Dengan lisan / tilawah
KEDUA : Qiraah qalbiah , menggunakan hati dan berfikir fasal makna kandungannya
KETIGA : Amali, iaitu mengamal segala suruhan Allah berdasarkan ayat2Nya

al-Quran merupakan mukjizat Allah dan terdapat pelbagai keajaiban al-Quran yang dapat kita temui pabila kita sendiri mempelajarinya dengan lebih dekat & mendalam. Apa yang menyebabkan kita jauh dengan al-Quran salah satunya ialah kita terlalu mengejar dunia, sampaikan kadangkala kita tidak sedar kita telah mengabaikannya. Sikap menangguhkan untuk membacanya juga menyebabkan kita kurang mempedulikannya, kerana pabila seseorang itu menangguhkan kerjanya, besar kemungkinan kerja yang dihajati untuk diselesaikannya akan tertunggak, dan mungkin jua terbengkalai selamanya. Nauzubillah..

Sempena Ramadhan ini, Jom! Kita sama2 besemangat merapatkan diri dengan al-Quran dan sentiasa membacanya, faham maknanya, dan Insya Allah mengamalkan segala kandungannya dalam kehidupan kita. Dunia hanya sementara, carilah income untuk akhirat sebanyak mungkin ya! Dan marilah kita sama2 mengejar malam al-Qadr di Ramadhan yang mulia ini. Moga2 segala amal baik kita ini berkekalan sampai bila2, istiqamah dalam beramal-untuk diri saya dan semua. Marilah kita sama2 perangi rancangan Israel selama ini yang sentiasa cuba memisahkan ibadat kita dengan kehidupan....

Wallahualam....

No comments:

Post a Comment