Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Tuesday, July 26, 2011

Taharah

Taharah/ Bersuci merupakan suatu tugas yang begitu penting dalam kehidupan seseorang Muslim kerana ia punca @ asas penerimaan segala amal ibadat.

Apabila seseorang itu mengerjakan ibadat solat tetapi belum bersuci dan membersihkan diri sama ada dari segi tubuh badan pakaian, tempat ia mengerjakan ibadat dsb, maka solatnya dikira tidak sah.

Apabila solat yang merupakan tiang agama itu tidak sah, maka ibadat-ibadat lain juga tidak mendapat perhatian dari Allah s.w.t. Ibarat sebuah rumah apabila tiang sudah rosak, maka dinding dan atap hanya menunggu masa untuk runtuh bersama-sama dengan tiangnya.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda , maksudnya,

" Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikannya bererti dia mendirikan agamanya, sesiapa yang meninggalkannya, bererti dia meruntuhkan agamanya"

No comments:

Post a Comment