Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Sunday, July 17, 2011

Hadis 40 :: Imam An-Nawawi::

HADIS 38 :

أبي هریرة t قال: قال رسول الله : (( إن الله تعالى قال: من عادى لي وليا فقد آذنته
بالحرب، وما تقرب إليَّ عبدي بشيء أحب إليَّ مما افترضته عليه، ولا یزال عبدي یتقرب
إليَّ بالنوافل حتى أحبه، فإذا أحببته آنتُ سمعه الذي یسمع به، وبصره الذي یبصر به،
ویده التي یبطش بها، ورجله التي یمشي بها، ولئن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه)) رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang wali-Ku, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hamba-Ku tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepada-Ku dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepada-Ku, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripada-Ku, Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dari-Ku nescaya Aku akan melindunginya".
(Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari).

Pengajaran hadis:
(1) Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan fardhu yang telah difardhukan ke atas hamba-hamba-Nya.
(2) Seorang mukmin seharusnya hanya melakukan amalan sunat apabila dia telah menyelesaikan amalan fardhunya terlebih dahulu. Sekiranya dia asyik mengerjakan amalan sunat dengan mengabaikan amalan fardhu, maka dia telah menyalahi tuntutan syara'.
(3) Seseorang hamba boleh meningkat maqamnya di sisi Allah SWT sehingga menjadi kekasih-Nya dengan memperbanyakkan amalan sunat dan berterusan mengamalkannya sehingga Allah benar-benar mengasihinya.
(4) Seorang wali Allah atau kekasih Allah, perbuatannya akan sentiasa terpelihara. Segala tingkah lakunya seolah-olah lahir dari Allah. Penglihatannya, pendengarannya, perbuatannya dan pergerakannya semuanya seolah-olah cernaan dari penglihatan, pendengaran, perbuatan dan pergerakan Allah SWT. Oleh kerana itu, wali Allah mesti dikasihi oleh setiap mukmin, barangsiapa yang memusuhinya, maka Allah akan mengisytiharkan perang terhadapnya.

No comments:

Post a Comment