Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Thursday, July 28, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum......
Alhamdulillah.... syukur ke hadrat Illahi atas nikmat  hidup dan kesihatan yang diberikan..


Dalam kesunyian malam ni, kesayuan tiba2 menjengah di hati...
Rindu padamu Ramadhan seakan membuak-buak, apatah lagi Ramadhan tahun lepas, telah menghadiahkan sesuatu yang tidak mampu ku gambarkan dalam bait-bait kata..Masya Allah, rindu amat aku padamu..Ya Allah ku puhun izinMu agar aku dipanjangkan umur untuk ditemukan dengan Ramadhan kali ini..


Dikesempatan ini, saya cukup berbesar hati untuk berkongsi perihal Puasa untuk sama2 kita ingat2kan diri kita dan persiapkan diri kita bagi bertemu Ramadhan nanti....


Puasa dari segi Bahasa didefinisikan sebagai menahan diri dari sesuatu manakala dari segi istilah pula ialah menahan diri daripada perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari , dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t

Hukum puasa pada bulan Ramadhan adalah wajib berdasarkan al-Quran, al-hadis dan ijmak ulama' Terdapat juga puasa2 wajib yang lain (Selain puasa di bulan Ramadhan) iaitu Puasa Nazar (puasa yang diniatkan untuk dilakukan kerana termakbulnya sesuatu hajat seperti menang dalam perbicaraan @ berjaya dlm exam. 

Selain tu, puasa yang wajib ditunaikan ialah Puasa Kifarat (puasa dalam erti kata membayar denda kerana melanggar syarat2 puasa yakni bersetubuh dengan isteri pada siang hari di bulan Ramadhan. Puasa kifarat di sini ialah berpuasa selama 60 hari berturut-turut ) "Dlm bahasa Arab sebenarnya disebut "Kaffarah"


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Wahai orang yang beriman,diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang yang sebelum kamu,semoga kamu bertaqwa (Surah al-Baqarah 183)

No comments:

Post a Comment