Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Thursday, July 28, 2011

menjaga aib

Suatu hari Baginda Nabi sedang duduk-duduk dengan para sahabatnya menunggu saat shalat tiba. Sahabatnya yang baru saja pulang dari pesta makan daging. Maka terciumlah bau yang kurang sedap dalam majlis itu. 


Rasulullah menyedari bahawa bau-bauan itu disebabkan oleh wap nafas seseorang akibat makan daging yg berlebihan. Rasulullah juga menyedari bahawa orang yang bersangkutan itu sedang risau. 


Mereka semua sudah pasti telah berwudhu', kerana sebentar lagi mereka akan solat berjemaah. Kalau orang yang berbau kurang sedap itu berganjak seorang diri pergi berwudhu’, maka sudah pasti semua akan mengetahui bahawa dia sumber bau kurang sedap itu. Pasti dia akan malu dan gelisah. 


Rasulullah saw. melepaskan pandangannya kepada semua yang hadir, seraya memerintahkan : “Siapa yang makan daging tadi hendaknya berwudhu!” Semuanya telah memakan daging ya, Rasulullah!, jawab para sahabat. Lalu beliau bersabda : “Kalau begitu, berwudhulah kalian semua.”


Mereka semua pun bangun untuk berwudhu. Termasuk orang yang merupakan sumber datangnya bau kurang sedap itu. Orang ini telah diselamatkan air mukanya dari rasa malu, berkat kecerdikan dan kelembutan Rasulullah saw.
 
 
p/s :  Demikianlah keluhuran budi pekerti Nabi Muhammad saw. memperhitungkan tindakan sampai sekecil-kecilnya pun agar tidak melukai perasaan orang dan kehormatan orang lain).

No comments:

Post a Comment