Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Monday, January 2, 2012

I'm new!!



Tada!!!

Alhamdulillah, pejam celik,pejam celik dah 2012..Macam tak percaya secepat ni masa berlalu. Hari ni rasa cam kena "smash" ngan ayat pedas berasap dari lecturer saya, dia wish tahun baru and dia suruh renung2kan setiap perbuatan  yang dilakukan pada tahun lepas, ok ke x, apa yang dah kita buat..waduh2..rasa cam ruginya diri nih, sebab banyak sangat benda yang lagha yang dah buat,terbuat dan sengaja buat. Astaghfirullahalazim..Kan best kalau kita dah manfaatkan masa yang ada tuh betul2 100% ibadah semata2 kerana Allah. Benarlah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Asr

"Demi masa,Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran"

Hmm..Sempena tahun baru ni, elok jugaklah kalau kita nak pasang tekad baru, Goal dalam hidup kita. Pastikan matlamat kita tu jelas. Dan semua yang ingin kita lakukan pastikan paksinya ikhlas semata-mata kerana Allah, niat ibadat. Kan dapat pahala tu..Mudah jer..Harap2 diri yang menulis pun lepas ni dapatlah apply macam ni, sbb selalu jugak leka, layan itu, layan ni, sampai tak sedar pun bila terbuat sesuatu demi kepuasan dan memenuhi keinginan sendiri. Padahal tanggungjawab sebagai khalifah Allah, belum selesai terlaksana.Istighfar. 

Banyak lagi jahiliyyah yang dilakukan diluar sedar nampak gayanya. 2012, here i come..!! sama2 usaha ke arah yang lebih baik yer kawan2..pasang niat & hajat tuh..all the best :))

No comments:

Post a Comment