Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Sunday, March 4, 2012

Menolak dunia dengan 2 tapak tangan & dada

Kali ni saya nak cuba share kisah hidup Abu Ad-Darda'. Kisah ni saya dapat dari akak naqibah saya, suka sangat bila ada Ohana(Usrah) ni..

                                  ...............................................................................
Nama sebenar beliau ialah Uwaimir bin Malik. Beliau merupakan sahabat Rasulullah yang hidup dalam keadaan sederhana.Beliau menjalani hidup sebagai sufi yang wara' yang menjauhi kehidupan di dunia dan mendekatkan diri dengan ibadah kepada Allah swt

Sebelum keislamannya, beliau merupakan seorang peniaga. Selepas keislamannya, beliau cuba untuk menyatukan perniagaannya dengan ibadah. Namun tidak berjaya. Lantas , dengan keimanan kepada Allah yang amat tinggi, beliau tinggalkan perkara2 duniawi dan menumpukkan sepenuh perhatian kepada ibadahnya. 

Beliau seorang yang sangat zuhud. Diceritakan suatu hari, Khalifah Umar al-Khattab menzirahi rumahnya. Apabila memasuki rumah beliau, didapati keadaan dalam rumah tersebut gelap gelita. Abu Ad-darda' yang mendengar kedatangan khalifah mengajak khalifah untuk berbual-bual dengannya. Dalam gelap. Dan apabila khalifah masuk ke dalam bilik abu ad darda', didapati, bantal yang digunakan hanyalah daripada kain alas haiwan tunggangannnya, Lantai tempat tidurnya dipenuhi anak2 batu, selimut pula dari kainn yang tersangat nipis, yang tidak memberi haba pada musim sejuk pun, kerana ketika itu, di Sham (Damsyik) . Bila ditanya kenapa, beliau menjawab ,"rumah kami di sana, setiap kelengkapan atau kemudahan yang kami perolehi akan segera dihantar ke sana,kalaulah kami masih mempunyai sesuatu kelengakapan dalam rumah ini, nescaya kami akan serahkan kepada kamu"

Tengok, beliau sanggup bersusah2 di dunia, sebab beliau sangat yakin akhirat akan menjemputnya dengan 1001 kebahagiaan. Tingginya iman sahabat Rasulullah ni. 

1 comment:

  1. Tdk dpt dinafikan........pe yg kita miliki sekrg mmg da cukup malah berlebihan berbndg dgn org yg jauh dlm kesusahan........

    bnyk benda yg leh dikejar lg.....ibadah, ilmu....

    ReplyDelete