Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Wednesday, January 30, 2013

Layakkah kita untuk menghukum?


Untuk berfikiran positif @ negatif. Pilihan di tangan kita. Apabila melihat sesuatu perkara yang berlaku dihadapan mata kita, terpulang pada kita untuk think and decide...

Adakah dengan sentiasa mengingati kesilapan orang itu kita panggil lumrah kehidupan? Siapa kita untuk menghukum? Dan siapa dia untuk sentiasa dihukum & dipersalahkan? Sedangkan Allah sendiri sudah berjanji bahawa Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-hambaNya. Then, siapa kita untuk bertindak sesuka hati?

Ya, ada yang kata, memaafkan itu lebih mudah dari melupakan. Kerana peristiwa lampau itu mungkin terlalu pahit.. Tapi...tapi... kita kena sentiasa ingat, syadid sangat kah kita? Kita ni suci sangat ke, tak pernah melakukan dosa apa-apa ke??

Saya kira post kali ini, saya ingin cuba mengubah paradigma kalian dan segala persepsi buruk terhadap orang disekeliling kalian yang pernah melakukan dosa,atau segala apa kesilapan perlu dihapuskan!! Why?? Bukan you yang patut menghukum, tapi Allah. Hanya Allah yang layak menghukum hamba-hambaNya yang berdosa.

Kerja kita-kita semua ini hanyalah dengan menasihat & membawa ke jalan kebenaran. Ok?? Mungkin sebelum ini, mereka pernah tersilap langkah dek kurangnya ilmu, kurangnya supporter..Sebab tu dia tersilap. Jangan salahkan orang 100%. Siapalah kita..

Kita sendiri bukannya tak pernah lakukan kesilapan. Cuba bayangkan kalau Allah cipta manusia dengan ada monitor dosa di dahi. All our sin will appear on that screen. Then everyone yang nampak kita akan tahu segala dosa yang pernah kita lakukan dari sekecil2 zarah sampailah sebesar2 dosa..Nak ke?? We should be grateful that Allah menjaga aib kita. Banyak sangat dosa kita dengan Allah. Cukuplah. Jangan tambah lagi dengan dosa mengumpat, mengherdik & mencaci org lain. 

Renung balik diri kita, pakaian kita, akhlak kita. Kalau kita berkopiah lengkap, bertudung labuh, berniqab bagai, jangan pula kita cemari pakaian2 suci itu dengan pemikiran kotor kita. Dengan mengkafirkan pakaian orang lain. Jangan rasa diri kita terlalu betul. Kalau kita rasa kita dah betul, dah siqqah sangat, there's must be something wrong with our "Qalb"(hati).. Tanya balik, iman kita...

why? b'coz apa yang saya lihat dalam kelompak masyarakat kita hari ini, cukup payah untuk kita memaafkan orang. Ada yang dah maafkan, tapi still lagi diungkit silap orang tu. Kadangkala dosa berpuluh tahun dulu pun dibuka lagi. Walhal orang tu hari ni dah berubah dah, dah jadi orang baik-baik.. sentiasa ingat Allah..Kerana apa? Hidayah tu kan milik Allah. terpulanglah pada Allah nak bagi bila hidayah kat hambaNya. 

Kesimpulannya, bila kita pandang orang, bergaul dengan orang, jangan judge orang sesuka hati kita. Jangan pandang sebelah mata, infact pandang dengan mata hati! Orang putih kata, "Don't judge the book by its cover!!" Ha,, inilah.. Yang ni kita pegang. Sebelum nak mengata orang, nak mengumpat ke apa, ingat, siapa kita. Siapa kita dimata Allah. Kalau nak jadi hamba yang sentiasa disayangi Allah, jangan buat. You choose! Moga sama-sama kita ambil ibrah dari tulisan ini, sekadar untuk peringatan sahabat-sahabat dan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment