Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Friday, May 6, 2011

Ilmu Pengetahuan

Ilmu dari sudut bahasanya adalah “calima” yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Sementara ilmu dari segi istilah bererti segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah.Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (explicit knowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. (Noraziah Sharuddi, 2002). Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar daripada takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah, sunnah, iman, ilmu kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan.

Sumber-sumber Ilmu Pengetahuan
Secara umumnya, sumber ilmu pengetahuan adalah diperolehi melalui wahyu, pancaindera, akal dan intuisi atau ilham.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “ Mulakan pagimu sabagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu,jangan jadi orang kelima, anda akan binasa “(Riwayat Imam Malik)
Huraian:
Kita perlu menuntut ilmu, mencintai ilmu dan menjadi orang yang berilmu. Janganlah kita menjadi orang yang malas belajar,tidak berminat dengan ilmu dan menjadi orang yang jahil. Dalam hadis ini, kita disarankan berusaha menuntut ilmu walau di mana sahaja kita berada tidak kira ilmu formal atau tidak formal.

Kesan tidak berilmu
-          Menjadi sesat
-          Ketinggalan dalam aspek dunia
-          Hidup akan binasa
-          Mudah ditipu masyarakat
-          Menjadi mundur
-          Tidak dapat membezakan perkara yang benar dan salah
-          Rugi di akhirat

Ciri-ciri ilmu berguna
-          Ilmu yang mampu memartabatkan umat islam
-          Ilmu yang membawa keapada pengabdian diri kepada Allah s.w.t
-          Ilmu yang membawa kejayaan
-          Ilmu yang membentuk akhlak dan sifat—sifat terpuji
-          Ilmu yang memantapkan iman
-          Ilmu yang membawa kepada pengabdian kepada Allah
-          Ilmu yang membangunkan ummah

Kelebihan orang yang berilmu ialah Hidup dihormati dan mulia ,Diredhai oleh Allah, Membangunkan ekonomi umat islam, dapat berbakti kepada masyarakat dan negara, Berdaya maju, Mengangkat martabat agama, bangsa dan negara



No comments:

Post a Comment