Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Thursday, September 15, 2011

"fake Called"

Kelmarin, saya terima 1 panggilan , katanya dari Celcom Malaysia, menawarkan hadiah lumayan sempena pertandingan yang dianjurkan pihak celcom. Hadiah yang saya dapat adalah wang ringgit bernilai RM5000.Katanya, saya pemenang ke-3. Sambil dia explain, otak saya tengah ligat fikir pasal promotion yang celcom buat, rasanya macam dat promotion still On, Hmm... tak mengapa, Abaikan, Mungkin dah dipilih pemenangnya. 

Kemudian, saya rasa agak pelik bila dia tanya pasal bank. No kad bank & dia tanya ada tak ATM Machine terdekat. I said "YES". Then, tahu tak apa dia bagitau? Dia cakap jangan letak Fon, pergi ke mesin ATM dan tunggu arahan dari dia. Luckily, at that momments, saya tak bawak purse, so no kad pun saya tak leh bagi kat dia. Dia siap suruh saya balik ke rumah, amik kad ATM tu, dan pergi ke mesin ATM. 

Apa lagi, Inilah sindiket penipuan tu. Seriously langsung tak sangka yang saya pun kena call yang cam tuh. Kita dapat syak lah kan, lagi pun berlambak news kat paper pasal ni. Saya terus dail celcom care line untuk check status call tu.

Orang celcom bagitau:
Tiada panggilan yang dibuat oleh pihak celcom
Kalau Celcom nak bagi, mereka akan bagi dalam bentuk cek, xpayah lah customer nak bersusahpayah nak ke bank
Call tu timbul as "Withheld" (from private no) kalau celcom, naik nama celcom lah kan..

So, jangan lah mudah percaya dengan pelbagai penipuan yang ada sekarang. Mereka rancang macam2 untuk dapatkan duit. Kalau tak silap, dah ada 1 kes(yang sama dengan saya) dan dia terpedaya, sehingga dia ter"transfer" seluruh duit dia ke akaun pihak yang xbertanggungjawab tu. So, siapa yang rugi?? Sesetengah orang, bila dengar saja dapat duit banyak, Hmm, "mabuk" lah, dah tu dapat pulak dengan cepat cam gitu, sape tak nak kan? 

Berdasarkan cerita2 yang kita dengar/baca kat paper, kena ambil iktibarlah, berwaspada . Jangan mudah percaya kat orang ni, Paling penting, urusan bank, jangan pernah bagi dekat orang lain, KECUALI parents lah.. Ok?? Saya amat bersyukur sebab saya sedar, dan Alhamdulillah Allah jaga saya. Sebab kata my mom, dorang guna "santau" untuk perdayakan orang dengan cara tu. For some case, dia suruh "mangsa" draw duit (all yang ada dalam acc) dan dia dah ada orang dia yang tunggu dekat bank yang "mangsa" pergi tuh, lepas draw, terus bagi kat orang tu..Hmm, macam tak logik, tapi itulah yang terjadi. Banyak kes macam ni dikepalai oleh orang kulit hitam.. Kejam...Kejam... Nak kaya, guna taktik kotor, Jijik betul cara mereka nih, sangat tak bertanggungjawab. Dan , kebetulan masa jawab kol tuh , saya dekat ngan surau, Insya Allah, keberkatan rumah Allah turut membantu saya ketika itu. Apa yang mampu saya ucapkan, Alhamdulillah kerana saya selamat dan masih mampu bertindak rasional ketika itu.. :)) 

Jadikan ikhtibar ya kawan2... 
T.Care....
Lol....




No comments:

Post a Comment