Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Wednesday, September 7, 2011

mengenang budi

Teringat pula pada suatu diskusi menarik bersama seseorang yang cukup rapat & saya sayang baru-baru ini. Topik yang cukup simple namun cukup bermakna. Cerita mengenai keperitan hidup dalam kesusahan , menginsafkan saya. Bersyukur kita terhadap nikmat kesenangan yang Allah kurniakan kepada kita pada hari ini. Namun ini bukanlah topik yang saya bakal bincangkan. Saya suka untuk berkongsi perihal sejauh mana kita berterima kasih & bersyukur atas pertolongan orang lain terhadap kita. Sebagaimana kita semua sedia maklum, kita dituntut untuk tolong-menolong sesama makhluk. Namun hari ini, mari kita sama2 melihat dari sudut berbeza, yakni menjadi orang yang menerima bantuan.


Ok, basically, kalau orang bantu kita, perkara pertama yang akan kita buat ialah mengungkapkan "terima kasih".kan? Namun, masih ada segelintir manusia yang saya kira sedikit ego, keberatan untuk mengungkapkan frasa ini. Persoalannya , sukarkah? atau jatuhkan maruahmu pabila mengungkapakan ungkapan sedemikian? Pelik..Pelik.. Lumrah orang melayu, jiwanya amat lembut & sensitif, bayangkan bagaimana rasa hati seorang insan yang membantu insan yang lain, dengan ikhlas (namun memakan kudratnya) tapi akhirnya tiada ungkapan sebagai tanda penghargaan untuknya, Tak banyak sikit pun, pasti tersentuh jua hatinya, kecewa dengan keegoaan insan itu. 

Itu situasi pertama. Tapi bila dilihat dari satu laagi sudut, yang berlaku dalam suasana hari ni, majoriti daripada kita merupakan golongan yang berkemampuan, tidak salah saya kirajika penghargaan yang kita beri itu bukan swkadar lafaz terima kasih, namun dengan suatu pemberian yang ada nilai umpama hadiah sekadar dengan kemampuan kita. Pasti ada yang kurang setuju kan? Ok, saya akan cuba terangkan kenapa. Misalnya, kita minta bantuan seseorang (bantuan yang memerlukan dia berkorban sedikit wang ringgit/harta benda miliknya/berkongsi s1/masa) bukankah di situ  adanya "pengorbanan " dari pihaknya??Kalau kita mampu, tidak salah sekadar nak menghulurkan apa yang termampu, sebagai menghargai jasanya, dengan iringan doa ikhlas daripada kita. Bukankah itu nampak lebih elok disamping untuk menjaga hatinya. Bayangkan bagaimana perasaan nya pabila menerima pemberian ikhlas kita...pasti gembira, bukan? Sedarkah kita, dengan tindakan kita itu sebenarnya kita telah menyunting "motivasi" dirinya untuk sentiasa membantu orang dalam kesusahan. kan? 

Nampak macam materialistik ker? Sebenarnya bukan begitu maksud saya. Saya cuba nak ketengahkan usaha yang perlu kita pupuk dalam masyarakat kita kerana pada hari ini, nilai murni dalam masyarakat kita kian pudar. Cakap saja di sekolah ada subjek sivik dan sebagainya, namun sejauhmana para pelajar benar2 mendalaminya? memahami dan mengamalkan dalam kehidupan? Nilai murni bukan sekadar teori, namun ia lebih kepada praktikkal dimana kita perlu melakukan&mengamalkan dalam kehidupan. 

Jadi, cuba renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment