Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Thursday, September 22, 2011

Selfish vs FB

Mutakhir ini, laman web Facebook & Twitter seolah-olah telah sebati dalam masyarakat kita. Tidak mengira usia, dari yang muda sehinggalah ke peringkat veteran, semuanya ada Fb. Ia bukan sekadar untuk berhibur, malah menjadi medan penghubung kepada kita pada hari ini. Misalnya, dapat berjumpa kenalan lama yang sudah lama tidak bersua..Sungguh mengujakan , bukan? 

Namun ada perkara yang perlu kita beri perhatian tatkala "ralit" dengan laman web ini. Kajian oleh seorang saintis di London mendapati laman sosial seperti Fb & Twitter ini akan mewujudkan 1 generasi yang terlalu memikirkan diri sendiri, kurang pemerhatian dan mempunyai keinginan seperti kanak-kanak kerana sentiasa memerlukan "respon" mengenai kehidupan mereka.

Lebih kronik, pendedahan berulang kali akan menyebabkan pengguna mempunyai krisis identiti dan sentiasa mendambakan perhatian seperti kanak-kanak. Menurut Baroness Greenfield,pfof farmakologi Oxford Univ, perkembangan persahabatan di Internet dan permainan komputer mungkin memberi kesan mengubah "otak". Keadaan ini akan menyebabkan kurang daya tumpuan& sentiasa ingin memuaskan keinginan dengan segera

Amacam? Seram tak...??? Kalau seram, sentiasa berjaga-jaga lah. Nak guna boleh, jangan melampau. Okeh? Tc semua :))


1 comment:

  1. benda ni subjective jgk kekdg......manusia kn ada akal......dan fb bknkah benda yg mati, dan manusia kena la igt bahwa, fb itu mati , manusia yg kuasainya....

    ReplyDelete