Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Thursday, September 22, 2011

Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah merupakan surah yang paling agung dalam al-Quran berdasarkan hadis riwayat Bukhari, Abu Dawud & Nasai.


Abu Hurairah mengatakan, bahawa satu saat, Rasulullah saw bersabda, "Allah telah berfirman", 'Aku telah membahagi... kandungan makna surah al-fatihah untukKu dan hambaKu menjadi 2 bahagian, dan aku akan MENGABULKAN apa yg hambaKu pinta.

apabila dia membaca : segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
Allah akan membalasnya : hambaKu telah memujiku

apabila dia membaca : Zat yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Allah berfirman : hambaKu telah memujiku

apabila dia membaca : Yang menguasai Hari Pembalasan
Allah berfirman : hambaku telah mengagungkanKu, lalu Allah berfirman sekali lagi, hambaku telah memasrahkan urusannya kepadaKu

apabila dia membaca : hanya Engkaulah yg kami sembah, dan hanya kpd Engkaulah kami memohon pertolongan
Allah berfirman : ini adalah urusan antara Aku & hambaKu, & aku akan mengabulkan apa yg hambaKu pinta

apabila dia membaca : tunjukilah kami jalan yg lurus,(iaitu) jalan org2 yg Engkau beri nikmat(iman) kpd mereka; bukan (jalan) mereka yg dimurkai, & (bukan pula jalan) mereka yg sesat
Allah berfirman : ini adalah untuk hambaKu, & dia akan dapat apa yg dia pinta.

(HR Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasai, dan ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment