Admin

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
suka kpd CABARAN & sesuatu yang baru

Wednesday, September 7, 2011

Seriously, saya tak dapat lagi menyangkal betapa saya rindukan seorang teman yang amat akrab dengan saya suatu ketika dulu. Saya amat sayangkan perkenalan kerana saya kira dalam dunia serba canggih, semua orang mengejar glamour dan hidup penuh penipuan & hipokrit, masih ada insan yang ikhlas dan sayang akan temannya dengan ikhlas. Kenapa saya berkata sedemikian? Sejujurnya, pabila berjauhan dari keluarga terutama ibu bapa (hidup sebagai pelajar yang mengejar ilmu di tempat orang) tiada yang lebih bermakna daripada mempunyai teman yang sering mengingatkan tentang tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini, menegur khilaf yang kadangkala kita tiada sedari. Sayamenulis mengikut *kata hati* yang mungkin tampak *emo* tapi inilah isi hati sebenar dari saya. Syukur ke hadrat Illahi kerana saya diberikan peluang untuk mengenali seorang teman sepertinya, yang sentiasa. Saya amat rindukan "khidmat" nasihatnya..Hmm..kan best kalau dapat text msj berbaur mesej berguna darinya..cukup bermakna buat saya, yelah, memandangkan jarak memisahkan. Tapi, itu mungkin sekadar mimpi saya. Masakan beliau mampu berbuat demikian dengan  tanggungjawab yang dipikulnya lagi..memang mustahil. Saya doakan teman2 saya agar semuanya berjaya menggapai impian masing2 ..Tq

No comments:

Post a Comment